Ahad, 20 Mac 2016

Resepi Nasi Hujan Panas


Bahan-bahan


  • 1kg beras basmathi
  • Bwg besar,bwg putih,halia(dikisar)
  • 4 sekwn(kayu manis,bunga lawang,cengkih,pelaga)
  • Daun pandan&daun sup
  • Susu cair
  • Majerin/planta
  • Kiub pati ayam(optional)
  • 3 pewarna(merah,kuning,hijau)
  • Garam

Cara-cara


  1. Bilas beras..rendam lebih kurang stgh jam..kemudian tos kan air.masukkan dalam rice cooker.
  2. Dalam periuk lain..masuk kn minyak& 3 sudu bsr planta..masukkan 4 sekawan & tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik bau..kemudian masukkn kiub pati ayam,air,daun pandan, stgh tin susu cair & garam.biarkan mendidih..
  3. Tuang sume bahan di (2) ke dalam rice cooker..biar hingga nasi masak..
  4. Akhir sekali..Bila nasi dah masak..titik2 kan 3 pewarna dan taburkan daun sup..gaul2 kan nasi..siap di hidang..

Selamat Mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan