Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap
- 1 biji bawang besar
- 2 biji buah tomato
- 3 batang serai
- 2 biji cili besar
- 4-5 biji cili padi
- 5-6 biji limau kasturi
- 3 biji asam boi
- Daun saderi
- 3cm halia
- Garam secukup rasa
- Sos Tiram
- Sedikit Tepung jagung
Cara-cara:
1. Perapkan ikan siakap dengan sedikit air limau selama 15 minit.. Kemudian perap pula dengan sos tiram selama 15 minit.2. Hiris halia, sebatang serai, cili besar, cili api, halia. 2 batang serai diketuk
3. Sedikit bahan hirisan dilumur dan dimasukkan kedalam perut ikan
4. Masukkan ikan, bahan yg telah dihiris dan serai yg telah diketuk ke dlm pemanggang seperti gambar dibawah
5. Hidupkan api sederhana dan masak untuk 5 minit
6. Tambahkan air mengikut kesesuai/kepekatan yang anda mahu. Tambahkan juga air limau kasturi yang telah diperah.
7. Masukkan sedikit air bancuhan tepubg jagung untuk likat
8. Masukkan daun saderi, asam boi dan tomato.
9. Kukus sehingga 20-25 minit.
Nota: Masakan ini dimasak menggunakan pemanggang ajaib
Selamat Mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan