Rabu, 9 Disember 2015

Resepi Gulai Patin Tempoyak


Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikin patin (patin sangkar) - lebih sedap jika dapat Ikan Patin Buah
  • (ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam)
  • 2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
  • 2 senduk tempoyak (jika suka pekat, letak lebih lagi)
  • 15 biji cili api (ditumbuk halus) - boleh lebihkan jika suka pedas
  • 6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
  • 2 ikat daun kesum
  • 2 ikat bunga kantan
  • 1 biji timun cina (dipotong dadu)
  • 3 keping asam keping
  • 3 cawan air (ikut kepekatan)
  • garam (secukup rasa)


Cara-caranya:

  • Ikan terlebih dahulu dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan,
  • Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi
  • Masukkan kedalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru
  • Masukkan ikan yang terlebih dahulu telah dibersihkan,
  • Masukan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi,
  • Selepas itu tambah garam secukup rasa,


Nota:

  • Tempoyak biarlah yang 5 hari diperam barulah terasa lebih sedap dan lazat.
  • Sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan