Selasa, 15 Disember 2015

Resepi Coklat Ferrero Rocher



Bahan-bahan:

  • 250gm butter
  • 80gm gula icing
  • 20gm qroquant/cornfleks hancur
  • 360gm tpg gandum
  • 100gm almond powder
  • 40gm tpg jagung
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
  • 3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
  • coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)


Cara-cara:

  1. putar butter dan gula sebati.
  2. masukkan qroquant.
  3. masukkan esen vanilla.
  4. masukkan tepung gandum, almond powder & tepung jagung. uli hingga sebati.
  5. panaskan oven suhu 150c.
  6. bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah disapu dengan marjerin.
  7. bakar suhu 150c selama 20-25 minit.
  8. golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.
  9. bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.
  10. cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.
  11. biarkan sejuk & siap utk dihidang.


Selamat Mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan