Ahad, 27 Disember 2015

Resepi Mee Kari Udang


Bahan-bahan

(Resepi ini anggaran untuk 8-10 orang)

  • udang 1/2 kg
  • mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
  • rempah kari 2 senduk kecil
  • cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
  • bawang merah 6 ulas*
  • bawang putih 3 ulas*
  • halia 1/2 inci*
  • kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
  • daun kari 1 tangkai
  • tahu kering (yg macam dlm pic tu)
  • udang kering sikit*
  • asam keping dlm 2,3 keping
  • pati santan RM1 (beli kat pasar je) @ kelapa parut sebijik


Bahan hiasan/ulam:


  • telo rebus,
  • bawang goreng,
  • sawi (celurkan),
  • taugeh (celur jugak),
  • cili besar@cili api


Cara-cara


  • Tumbuk bahan *
  • Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste.
  • Masukkan juga cili mesin tadi.
  • Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit.
  • Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok.
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan daun kari.
  • Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
  • Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi.
  • Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
  • Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping.
  • Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
  • Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
  • Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

Selamat Mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan