Resepi Malaya akan berkongsi dengan pembaca semua dengan 7 bahan yang boleh guna untuk melembutkan daging sebelum memasak.
Biasanya daging yang liat seperti daging ayam kampung atau daging lembu jantan dan kadang-kadang anda juga risau daging yang di masak itu tidak empuk atau lembut, maka kita boleh gunakan beberapa cara untuk melembutkan daging tu..
Bahan-bahan boleh gunakan untuk melembutkan daging
- daun betik - ambil beberapa helai daun betik.ramas bersama daging dan bungkus daging tersebut dengan daun betik selama 30 minit,kemudian bilas hingga bersih dan boleh di masak untuk apa hidangan yang anda mahu.
- buah nenas - parut nenas dan lumur keseluruh daging.perap selama 20 minit.bils hingga bersih dan boleh dimasak
- cuka epal - rendam daging didalam cuka epal selama 1 jam.kemudian bilas.
- buah kiwi - perap daging bersama kiwi yang dihancurkan .bersih kan selepas 20 minit dah boleh la di masak apa hidangan yang anda gemari.
- pati lemon - lumur daging dengan pati lemon selama sejam setengah kemudian boleh la di masak.
- tomato - lumur dengan daging selama 40- 60 minit dan bersihkan lalu boleh la di masak.
- hampas kopi - lumur hampas kopi pada seluruh daging .cara ini bukan saja melembutkan daging malah menghilang kan bau hamis daging.
Sesetengah bahan diatas juga boleh dicampurkan bersama ketika anda memasak hidangan yang anda mahu untuk melembutkan daging tersebut.
Selamat mencuba. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan