Kuih Tepung Gomak juga dikenali di sesetengah tempat sebagai Kuih Abok-abok
Bahan Inti:
- 2 cawan kelapa parut
- 1/2 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/4 air
Bahan Kulit:
- 150 gram tepung pulut
- 1/2 cawan air
- sedikit garam
Bahan Sadur
- 75 g kacang hijau - digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.)
Cara Membuatnya:
- Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. Ketepikan & biar ia sejuk.
- Panaskan periuk yang mengandungi air.
- Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye (jangan bazirkan masa..tadi tak pasal2 nak kenal berleter dengan mak).
- Uli tepung yang tepung diletakkan sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).
- Bentuk2 kan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit.
- Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula. Leperkan sikit .
- Seterusnya apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dintikan dan dibentuk tadi. Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)
- Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis.
- Jangan tunggu lama2 terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar.
Selamat Mencuba !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan