Selasa, 16 Februari 2016

Resepi Mee Goreng Basah


Bahan-Bahan:

  • 1 kg mee kuning
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 8 sudu besar lada kering kisar
  • 2 biji telur
  • sedikit udang kertas
  • sedikit sotong
  • Garam secukup rasa
  • Taugeh (secukupnya)
  • Sawi atau kucai(secukupnya)
  • Kicap manis secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis


Cara-caranya:

  • Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga garing. Masukkan fish cake dan fish ball.
  • Tambah air ikut banyak mana kuah yang kita nak. Jangan terlalu banyak.
  • Masukkan garam, dan kicap manis. Biar sekitika hingga kuah mendidih.
  • Masukkan telur, biar mengeras sedikit dan kacau rata.
  • Masukkan sawi, mee dan gaul rata. Kemudian, masukkan taugeh/kucai, padamkan api. Gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


Selamat mencuba

Ahad, 7 Februari 2016

Resepi Nasi Lemak Malaya


Bahan-bahan (Sambal)

Sajian Untuk 5-6 orang

  • 12 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 8-10 sudu besar cili kisar - lebihkan jika suka pedas
  • 2 cawan air
  • 1 keping gula Melaka
  • Sedikit belacan
  • Sedikit asam jawa
  • Sedikit ikan bilis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak

Bahan-bahan (Nasi)

  • 3 cawan beras
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 3-4 hirisan halia
  • 2-3 helai daun pandan
  • Sedikit garam

Cara-caranya

  1. Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Tumis selama 5-10 minit.
  3. Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat (30-60 minit).
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air, garam, halia dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau nak guna rice cooker.
  6. Boleh dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun.
  7. Lebih sedap kalau dapat beralaskan daun pisang.

Selamat Mencuba !

Khamis, 4 Februari 2016

Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api


Bahan-Bahan:

Sajian Untuk 4 orang

  • 1 ikat sayur pucuk paku
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 biji cili padi
  • 1 ketul kecil kunyit hidup - lebihkan jika mahukan warna kuning pekat
  • garam secukup rasa


Cara-caranya:

  1. Bersihkan pucuk paku dan potong bahagian daun dan batang yang lembut sahaja dalam anggaran panjang 1 inci.
  2. Kisar halus bawang merah bersama cili api dan kunyit. Ketepikan.
  3. Basuh ikan bilis dan tumbuk kasar.
  4. Masukkan santan, bahan kisar halus dan ikan bilis di dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  5. Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa.

Tips:


  1. Kuah haruslah dimasak di atas api yang perlahan dan kerap dikacau supaya kuah santan tidak berketul.

Selamat Mencuba !

Rabu, 3 Februari 2016

Resepi Risoles


Bahan-bahan untuk inti:

  • 400 gm daging / ayam cincang
  • 5 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 3 biji kentang - didadu kecil
  • 3 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn air
  • 1 biji bwg besar - didadu kecil
  • 1 batang lobak merah - didadu kecil
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • Daun sup & daun bawang - dihiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis


Cara-caranya :

  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumiskan bawang putih hingga harum.
  • Masukkan bawang besar hingga naik bau.
  • Letak daging / ayam cincang, masak hingga empuk.
  • Kemudian letak kentang dan lobak merah.
  • Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
  • Tambah serbuk lada hitam dan lada sulah.
  • Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  • Jika suka pedas, boleh tambah sedikit cili padi.
  • Masukkan air tepung jagung dan kacau rata.
  • Masukkan daun sup dan daun bawang, gaul rata.
  • Angkat, masukkan dalam tapis dan toskan lebihan minyak dan air. Biarkan ia sejuk.


Bahan-bahan untuk kulit:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan (boleh ganti dgn air atau susu cair)
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa


Cara-caranya :

  • Satukan semua bahan, masukkan dalam blender dan kisar hingga halus. Kemudian ditapis.
  • Pastikan adunannya cair dan tidak pekat.
  • Gunakan non stick pan yang berukuran kecil anggaran 6 inci untuk dapatkan risoles yang comel.
  • Panaskan pan, tunggu sehingga betul-betul panas untuk mengelak adunan daripada melekat-lekat.
  • Sapukan sedikit butter dan sedikit minyak.
  • Bila dah panas, letakkan satu senduk dan lengang-lengangkan ia agar rata pada permukaan pan.
  • Biarkan ia masak, tak perlu diterbalikkan.
  • Bila dah masak, angkat dan ulang langkah
  • tersebut sehingga adunan habis.


Penyediaannya :

  • Ambil sekeping kulit, letakkan inti.
  • Letakkan parutan cheese Mozarella.
  • Gulung atau lipat hingga habis.
  • * Sebaiknya lepas anda masak kulit, anda terus letak inti dan terus gulung. Jika dibiar lama dan bila kulit dah sejuk ia sukar nak lekat bila digulung.


Bahan-bahan untuk salut:

  • 2 biji telur - dikocok
  • Bread Crumbs secukupnya


Cara-caranya :


  • Celupkan Risoles dalam telur yang telah dikocok.
  • Kemudian salut dgn bread crumbs hingga bergaul rata dan buat sampai habis.
  • * Kalau nak buat frozen, simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais tempat beku. Bila terasa nak makan, keluarkan dan terus goreng, tak perlu dibiarkan pada suhu bilik.
  • Sediakan kuali atau pan yang leper.
  • Letakkan sedikit minyak.
  • Pastikan minyak betul-betul panas supaya ianya
  • tak serap minyak yang banyak ketika digoreng.
  • Gorenglah dalam minyak hingga kuning keemasan.
  • Balik-balikkan agar rata masaknya.
  • Sediakan tisu dapur dan dilapik di dalam bekas.
  • Bila angkat risoles letakkan atas tisu supaya minyak diserap sepenuhnya. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba !

Isnin, 1 Februari 2016

Resepi Kek Kukus Coklat


Bahan-bahannya:

  • 1 cawan koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan margerin cair (saya guna mentega)
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 11/4 tepung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 3 biji telur (dipukul)

Cara-caranya:

  • Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan.
  • Dalam periuk, masak koko, gula, margerin, susu cair dan susu pekat hingga cair dengan api sederhana. Jangan sampai hangus.
  • Sejukkan.
  • Masukkan telur ke dalam adunan ini dan kacau sebati. Tambahkan dengan tepung dan gaul lagi hingga sebati.
  • Kukus selama 1 jam dan biar sejuk baru dipotong-potong.


Selamat Mencuba !