Khamis, 4 Februari 2016

Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api


Bahan-Bahan:

Sajian Untuk 4 orang

  • 1 ikat sayur pucuk paku
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
  • 4 ulas bawang merah
  • 5 biji cili padi
  • 1 ketul kecil kunyit hidup - lebihkan jika mahukan warna kuning pekat
  • garam secukup rasa


Cara-caranya:

  1. Bersihkan pucuk paku dan potong bahagian daun dan batang yang lembut sahaja dalam anggaran panjang 1 inci.
  2. Kisar halus bawang merah bersama cili api dan kunyit. Ketepikan.
  3. Basuh ikan bilis dan tumbuk kasar.
  4. Masukkan santan, bahan kisar halus dan ikan bilis di dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  5. Masukkan pucuk paku dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa.

Tips:


  1. Kuah haruslah dimasak di atas api yang perlahan dan kerap dikacau supaya kuah santan tidak berketul.

Selamat Mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan