Selasa, 26 April 2016

Resepi Agar-agar Kastad Jelly


Bahan-bahan:

  • 500ml air
  • 220g gula pasir
  • 1tin susu cair
  • 3 sb (rata) tepung kastad + bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1 paket (11 g) serbuk agar-agar
  • 2 paket sumi jelly (dibelah dua)


Cara-cara:

1.Dalam periuk masukkan air,gula,susu cair .Masak hingga mendidih.
2.Kemudian masukkan bancuhan tepung kastad,kacau seketika dan masukkan serbuk agar-agar.
3.Masak hingga mendidih dan pekat.Tapiskan ke dalam loyang.
4.Tunggu sehingga suam barulah dimasukkan jelly tadi (kalau masuk panas-panas jelly akan cair), susun jelly ikut kreativiti.
5.Sejukkan dalam peti ais baru sedap dimakan.

Mudah Sahaja, Selamat Mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan