Isnin, 25 April 2016

Resepi Sambal Udang Belimbing Buluh


Bahan-bahannya :


  • 300grm udang dibuang kulit
  • 1 labu bwg bsr
  • 4 ulas bwg putih
  • 10 tangkai cili kering (direndam air panas)
  • 3 biji belimbing buluh (dihiris nipis)
  • Sedikit belacan
  • Garam,gula dn perasa
  • 1/2 labu bwg bsr dihiris


Cara-caranya :


  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan kemudian tumis sehingga sedikit garing.
  2. Kisar pula cili kering dan tumiskn bersama bawang.
  3. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa, tunggu sehingga pecah minyak
  4. Masukkan udang, masak sehingga air udang keluar dan udang masak.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan hirisan belimbing buluh, biarkan sekejap dan siap utk dihidang


Selamat mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan