Rabu, 20 April 2016

Resepi Black Forest Kukus


Perkongsian dari Respi Malaya hari ini ialah, resepi Kek Black Forest Kukus

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 120g gula pasir
  • 100g tepung gandum
  • 20g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 25g mentega, cairkan
  • 3 sudu besar air


Cara-caranya:

  1. Pukul telur,garam,dan gula pasir sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung s-fine, serbuk koko, serbuk penaik sambil diayak & dikacau rata.
  3. Masukkan mentega cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan.
  4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
  5. Bila kek sudah masak,biarkan sejuk sepenuhnya.


p/s: bagi untuk mencantikkan kek ini...parutkan dark coklat secara nipis2..kemudian taburkan diatasnya ...
-boleh dilapis dengan buttercream putih atau dibiar begitu sahaja

Selamat Mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan