Isnin, 18 April 2016

Resepi Ayam BBQ Madu


Bahan-bahan


  • 1 kilo ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar serbuk jintan kasar (jintan manis)
  • 1 sudu besar serbuk jintan halus (jintan putih)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 sudu besar madu (kalau takde boleh ganti dgn gula tapi rasanya tak sesedap madu)
  • 1 sudu besar kicap pekat (kalau takde kicap biasa pun ok!)
  • garam secukup rasa

** bahan-bahan ini untuk anggaran 1 kilo ayam bukan sekor ayam.

Cara-caranya

1. Mulakan dengan basuh dan cuci daging ayam dan rendam sekejap dengan limau nipis sikit untuk kurang bau hanyir ayam. **Jangan lupa kelarkan isi daging ayam tue supaya bila perap daging ayam dengan rempah akan mudah lagi rempah menyerap sehingga ke tulang ayam.
2. Biarkan seketika daging ayam dengan toskan ke dalam bakul.
3. Sekarang siapkan pula untuk rempah BBQ ye. Ok masukkan bahan-bahan rempah dan yang lain kesemuanya ke dalam dalam blender dan blend sehingga sebati.
4. Dah siap blend rempah dan ayam pun dah kering dari air. Kita gaulkan daging bersama rempah yang dah diblend. Gaulkan sehingga sebati antara rempah BBQ dan daging ayam.
5. Tutup dan simpankan atau perap dalam peti sejuk selama semalam untuk rasa yang lebih sedap.
6. Selepas perap boleh mula bakar ayam BBQ madu ni.

**tips amik 2 batang serai hidup, ikatkan dan tumbuk2 hujungnya. Campurkan sedikit minyak bersama rempah BBQ madu ke dalam mangkuk kecil. Sambil2 bakar boleh sapu daging ayam tue dengan guna hujung serai yang dah ditumbuk celup dalam minyak+rempah.

Selamat Mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan