Isnin, 12 September 2016

Resepi Kek Vanila Coklat Cream


Bahan2 - Kek

  • 5 biji Telur
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak masak
  • * 1 1/2 cawan tepung cap ros
  • * 1 cawan serbuk koko
  • * 1 1/2 sdt soda bikarbonate
  • * 1 1/2 sdt baking powder
  • 1/2 cawan santan kara dicampurkan dengan 1/2 cawan air panas

Cara-caranya

  1. Ayak bahan bertanda * dan ketepikan
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang dalam bekas lain
  3. Masukkan susu pekat manis dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan pula minyak masak dan pukul lagi hingga sebati. Matikan mixer
  5. Bahagikan bahan ayak tadi kepada 3 bahagian. Masukkan 1 bahagian demi 1 bahagian Gunakan teknik kaup balik menggunakan senduk / spatula.
  6. Masukkan santan yang dah di bancuh dengan air panas dan kacau sebati.
  7. Oleskan loyang 8x8 dengan minyak masak. Jangan lupa alaskan baking paper.
  8. Panaskkan Kukus hingga air mendidih dan kukuskan 50-60minit
  9. Sejukkan kek pada suhu bilik

Bahan2 - Vanila Cream

  • 1 cawan Full Cream Milk,
  • 2 1/4 sk Gelatin,
  • 1 Cawan Full Cream Milk
  • 1/2 Cawan Gula
  • 4 sb tepung Jagung
  • 4 biji Kuning Telur
  • 2 sk vanilla extract / esen
  • Secubit garam
  • 1 3/4 cawan whipping cream DAIRY / UHT (sangat sejuk)
  • 200gm coklat coin dicairkan
  • 1 paket Fingger Lady
  • 1 cawan air susu suam (tambah sedikit esen vanila)

Cara-caranya:

  1. Panaskan susu dan masukkan gelatin. Larutkan dan sejukkan seketika.
  2. Masukkan susu, gula, tepung jagung, kuning telur, vanila dan garam ke dalam periuk. Nyalakan api paling kecil dan kacau hingga pekat.
  3. Sejukkan adunan menggunakan double boil (dengan air + ais) kacau hingga adunan betul betul sejuk. Ketepikan
  4. Pukul whipping cream hingga kembang. Ketepikan..
  5. Masukkan adunan tepung jagung dan gelatin dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan whipping cream yang telah di pukul tadi menggunakan teknik kaup balik.
  6. Bahagikan adunan kepada 2
  7. 1 bahagian adalah vanila cream (VANILA CREAM) asal dan 1 lagi dicampukan dengan coklat yang telah dicairkan (VANILA COKLAT CREAM)
  8. Potong kek kepada 2 bahagian.
  9. Gunakan loyang (bolos bawah) 8x8
  10. Masukkan 1 bahagian kek ke dalam loyang.
  11. Tuang SEPARUH vanila cream ke atas kek dan ratakan. Ketepikan
  12. Celup beberapa saat fingger lady ke dalam cawan berisi susu suam.
  13. Susun fingger lady ke dalam loyang tadi.
  14. Masukkan sedikit vanila coklat cream. susun lagi lapisan fingger lady dan laspikan lagi vanila coklat cream. Ulang hinga selesai.
  15. Tuang habis VANILA CREAM dan tutupkan dengan sekeping lagi lapisan kek.
  16. Sejukkan selama 4jam.

Bahan2 - Glaze (Garnish)

  • 200gm Dark Coklat
  • 100gm butter

Cara-caranya:

  1. Cairkan coklat menggunakan teknik double boil. kemudian Masukkan butter. Kacau hingga sebati.
  2. Tuang ke atas kek tadi.
  3. Gunakan garfu untuk membuat corak

Selamat Mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan