Rabu, 14 September 2016

Resepi Nasi Tomato Berkismis


Bahan-bahan:

  • 2 tin beras basmathi direndam 10 minit dan tos
  • 4 biji tomato sedang blend halus
  • 2 sudu makan tomato puree
  • beberapa ketul gula batu
  • 1 kiub ayam
  • daun pudina
  • garam,minyak sapi,marjerin

rempah tumis: (secukup rasa)

  • kayu manis,
  • nbuah pelaga,
  • bunga cengkih,
  • bunga lawang
  • 3 sudu makan rempah briyani

bahan blend: (secukup rasa)

  • bawang besar,
  • bawang putih,
  • halia

Cara-caranya:

Dalam periuk eletrik masukkan

  1. gula batu,kiub ayam,tomato,garam,daun ketumbar dan air. [sukatan air pastikan air lebih 1 paras lihat tepi periuk letrik kalau beras 3 air 4]
  2. biarkan hingga mendidih

Dalam Kuali

  1. panaskan 2 sudu makan minyak sapi + 2 sudu makan marjerin
  2. masukkan rempah tumis seketika dan tuangkan bahan blend hingga naik bau.
  3. masukkan rempah briyani dan kacau hingga garing.
  4. tutup api dan tuangkan ke dalam periuk letrik
  5. Bila mendidih dalam periuk tuangkan beras.
  6. bila hampir kering masukkan bawang goreng, kismis dan sultana

Selamat Mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan