Selasa, 29 Disember 2015

Resepi Daging Tumis Pedas


Bahan-Bahan

  • 1kg daging (rebus sampai empuk )
  • 5 ulas Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • Setengah sudu biji ketumbar
  • Segenggam Cili api(mengikut kepedasan yg anda suka)
  • 1 inci Kunyit hidup
  • (Tumbuk kesemua bahan2 di atas, manakala daging dihiris nipis)

Cara-caranya

  • Tumis bahan2 yg telah ditumbuk sehingga naik bau,
  • Masukan daging dan kacau bersama bahan2 tumis sehingga sebati.
  • Masukan sedikit air beserta garam, gula dan sedikit perasa dan tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukan hirisan bawang besar dan cili merah / hijau sehingga layu.
  • Sedia dihidang


Selamat Mencuba !

Ahad, 27 Disember 2015

Resepi Mee Kari Udang


Bahan-bahan

(Resepi ini anggaran untuk 8-10 orang)

  • udang 1/2 kg
  • mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
  • rempah kari 2 senduk kecil
  • cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
  • bawang merah 6 ulas*
  • bawang putih 3 ulas*
  • halia 1/2 inci*
  • kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
  • daun kari 1 tangkai
  • tahu kering (yg macam dlm pic tu)
  • udang kering sikit*
  • asam keping dlm 2,3 keping
  • pati santan RM1 (beli kat pasar je) @ kelapa parut sebijik


Bahan hiasan/ulam:


  • telo rebus,
  • bawang goreng,
  • sawi (celurkan),
  • taugeh (celur jugak),
  • cili besar@cili api


Cara-cara


  • Tumbuk bahan *
  • Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste.
  • Masukkan juga cili mesin tadi.
  • Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit.
  • Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok.
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan daun kari.
  • Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
  • Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi.
  • Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
  • Bila dah pecah minyak, masukkan santan, stok udang, garam secukup rasa dan asam keping.
  • Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
  • Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.
  • Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

Selamat Mencuba

Isnin, 21 Disember 2015

Resepi Biskut Peanut Butter


Bahan-bahan:

  • 125 gm mentega
  • 125 gm peanut butter
  • 75 gm gula
  • 5 gm garam
  • 230 gm tepung kek
  • 10gm sodo bikarbonat
  • sedikit perisa vanila

Cara-caranya:

  1. Ayakkan tepung kek bersama soda bikarbonat
  2. Campurkan semua tepung mentega, penut butter, perisa vanila, gula dan garam sekali.
  3. Bentukkan aduanan ikut pilihan sendiri.
  4. Susunkan atas dulang pembakar dan sapukan telur kuning di atasnya, kemudian bakar dengan api sederhana.

Selamat Mencuba !

Khamis, 17 Disember 2015

Resepi Ikan Siakap Stim Limau


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji buah tomato
  • 3 batang serai
  • 2 biji cili besar
  • 4-5 biji cili padi
  • 5-6 biji limau kasturi
  • 3 biji asam boi
  • Daun saderi
  • 3cm halia
  • Garam secukup rasa
  • Sos Tiram
  • Sedikit Tepung jagung


Cara-cara:

1. Perapkan ikan siakap dengan sedikit air limau selama 15 minit.. Kemudian perap pula dengan sos tiram selama 15 minit.
2. Hiris halia, sebatang serai, cili besar, cili api, halia. 2 batang serai diketuk
3. Sedikit bahan hirisan dilumur dan dimasukkan kedalam perut ikan
4. Masukkan ikan, bahan yg telah dihiris dan serai yg telah diketuk ke dlm pemanggang seperti gambar dibawah
5. Hidupkan api sederhana dan masak untuk 5 minit
6. Tambahkan air mengikut kesesuai/kepekatan yang anda mahu. Tambahkan juga air limau kasturi yang telah diperah.
7. Masukkan sedikit air bancuhan tepubg jagung untuk likat
8. Masukkan daun saderi, asam boi dan tomato.
9. Kukus sehingga 20-25 minit.

Nota: Masakan ini dimasak menggunakan pemanggang ajaib

Selamat Mencuba

Resepi Egg Muffin Rawang Style


Bahan-bahan:


  • Capsicum
  • Carrot
  • Bwg holland
  • Sosej
  • Daging buger
  • Bwg putih cincang
  • 3biji telur kuning
  • 4sbsr susu penuh krim
  • Cheese
  • Oregano
  • Sos spagheti




Cara-caranya:


  1. tumis bwg putih
  2. masuk bwg holland cincang
  3. masuk daging buger yg dh dilerai2kan.
  4. masuk sosej yg dihiris nipis
  5. gaul sampai msk
  6. dh agak msk..masuk capsicum yg dipotong dadu
  7. masuk sos spagheti.
  8. gaul sampai rata dan letak garam ikut rasa.
  9. sejukkan
  10. Gris loyang mufin dgn butter/marjerin.
  11. letak inti yg dimsk td.
  12. letak 2sudu bsr telur kuning yg dicampur dgn susu penuh krim.
  13. letak cheese..letak oregano
  14. bakar 2minit suhu 200'C


Selamat Mencuba !

Selasa, 15 Disember 2015

Resepi Coklat Ferrero Rocher



Bahan-bahan:

  • 250gm butter
  • 80gm gula icing
  • 20gm qroquant/cornfleks hancur
  • 360gm tpg gandum
  • 100gm almond powder
  • 40gm tpg jagung
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
  • 3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
  • coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)


Cara-cara:

  1. putar butter dan gula sebati.
  2. masukkan qroquant.
  3. masukkan esen vanilla.
  4. masukkan tepung gandum, almond powder & tepung jagung. uli hingga sebati.
  5. panaskan oven suhu 150c.
  6. bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah disapu dengan marjerin.
  7. bakar suhu 150c selama 20-25 minit.
  8. golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.
  9. bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.
  10. cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.
  11. biarkan sejuk & siap utk dihidang.


Selamat Mencuba

Ahad, 13 Disember 2015

Resepi Mihun Bakso


Bahan-bahan:


  • Mihun (Boleh diganti dengan Mee)
  • 1 kilo tulang rusuk
  • 15 biji Bebola daging
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas di ketuk
  • 6 biji bawang sederhana besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji sengkuang cina (Boleh diganti dengan sengkuang biasa 1 biji)
  • 2 bungkus sup bunjut tulang
  • 1 sudu teh lada putih
  • Rempah 4 sekawan secukupnya
  • Sedikit daun bawang


Bahan sampingan:


  • kobis dihiris halus
  • sambal cili api
  • kicap
  • cili sos
  • daun bawang dihiris
  • bawang goreng


Cara-caranya:


  • Rebus tulang. Banyak air boleh agak sendiri. Masukkan lengkuas yang dititik.
  • Blend sengkuang, tuang dalam periuk.
  • Masukkan sup bunjut, garam dan sedikit daun sup/bawang
  • Blend bawang besar, bawang putih dan halia
  • Di kuali lain, panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan yang diblend tadi
  • Masukkan ke dalam air rebusan
  • Masukkan lada putih
  • Bila daging tulang rusuk sudah empuk masukkan bebola daging
  • Bila mahu makan, masukkan mee atau mihun ke dalam mangkuk.
  • Letak hirisan kobis, daun sup, bawang goreng, cili sos, kicap dan cili.
  • Tuangkan sup ke atasnya. Tabur daun bawang, bawang goreng di atasnya. 
  • Makan panas-panas.


Selamat Mencuba

Jumaat, 11 Disember 2015

Resepi Ayam Peri-Peri Nandos


Resepi ini merupakan Resepi Masakan Portugis dari Afrika Selatan.

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor Ayam - leg dan kepak (buang kulit)
  • 4 sudu besar Olive Oil
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 10 biji Cili Padi Merah
  • 1 sudu besar Paprika
  • 1 sudu kecil Oregano
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1/2 sudu kecil Black Pepper
  • 1 sudu besar Sos Cili
  • 2 sudu besar Madu
  • 1/2 inci Halia
  • 4 sudu besar Extra Hot Peri-peri Sauce


Cara-caranya:

  • Ayam cuci bersih, buang kulit
  • Campur semua bahan kecuali ayam, blendkan sampai halus.
  • Tuang hasil blend ke atas ayam, gaul rata then perap ikut kesukaan korang. (1 jam, 1/2 hari or semalaman. Terpulang)
  • Alaskan dulang untuk bakar ayam dengan aluminium foil. Susun ayam yang dah diperap atas dulang)
  • Panaskan Oven dengan suhu 170-200C selama 10-15minit.
  • Bakar ayam dalam masa 15-20 minit pada suhu 170-200C ikut kesesuaian oven korang jenis macam mana,
  • Kalau still tak masak, bakar sampai masak. Adjust masa mungkin tambah lagi 10-15 minit.


Selamat Mencuba

Khamis, 10 Disember 2015

Resepi Sotong Celup Tepung Ranggup


Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong (saiz besar)
  • Minyak untuk menggoreng


Bahan Celup Tepung

  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 cawan kecil tepung gandum
  • 1/2 cawan kecil tepung jagung
  • 1/3 sudu paste garam kunyit atau garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
  • Sebiji telur dipukul sedikit
  • Serbuk lada putih secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukup rasa

Cara-caranya

  • Campur dan gaulkan semua bahan celup tepung
  • Celupkan sotong dan goreng ketika minyak cukup panas

Sedap dimakan panas-panas

Selamat Mencuba !

Rabu, 9 Disember 2015

Resepi Gulai Patin Tempoyak


Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikin patin (patin sangkar) - lebih sedap jika dapat Ikan Patin Buah
  • (ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam)
  • 2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
  • 2 senduk tempoyak (jika suka pekat, letak lebih lagi)
  • 15 biji cili api (ditumbuk halus) - boleh lebihkan jika suka pedas
  • 6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
  • 2 ikat daun kesum
  • 2 ikat bunga kantan
  • 1 biji timun cina (dipotong dadu)
  • 3 keping asam keping
  • 3 cawan air (ikut kepekatan)
  • garam (secukup rasa)


Cara-caranya:

  • Ikan terlebih dahulu dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan,
  • Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi
  • Masukkan kedalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru
  • Masukkan ikan yang terlebih dahulu telah dibersihkan,
  • Masukan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi,
  • Selepas itu tambah garam secukup rasa,


Nota:

  • Tempoyak biarlah yang 5 hari diperam barulah terasa lebih sedap dan lazat.
  • Sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan.

Selamat mencuba!

Selasa, 8 Disember 2015

Resepi Kuih Bakar


Bahan-bahan:


  • 210g Tepung Gandum
  • 30g daun pandan (kisar dan tapis)
  • 400ml air
  • 1 sudu garam
  • 3 biji telur
  • 180g gula caster
  • 250ml santan
  • Perwarna hijau/pandan
  • Bijan secukupnya


Cara-caranya


  • Satukan semua bahan diatas dan kacau sebati
  • Panaskan acuan yang telah disapu minyak, dan tuang adunan.
  • Hiaskan dengan bijan di atsnya dan bakar dengan suhu 180 C selama 1 jam


Selamat Mencuba !

Isnin, 7 Disember 2015

Petua melembutkan daging


Resepi Malaya akan berkongsi dengan pembaca semua dengan 7 bahan yang boleh guna untuk melembutkan daging sebelum memasak.

Biasanya daging yang liat seperti daging ayam kampung atau daging lembu jantan dan kadang-kadang anda juga risau daging yang di masak itu tidak empuk atau lembut, maka kita boleh gunakan beberapa cara untuk melembutkan daging tu..

Bahan-bahan boleh gunakan untuk melembutkan daging


  • daun betik - ambil beberapa helai daun betik.ramas bersama daging dan bungkus daging tersebut dengan daun betik selama 30 minit,kemudian bilas hingga bersih dan boleh di masak untuk apa hidangan yang anda mahu.
  • buah nenas - parut nenas dan lumur keseluruh daging.perap selama 20 minit.bils hingga bersih dan boleh dimasak
  • cuka epal - rendam daging didalam cuka epal selama 1 jam.kemudian bilas.
  • buah kiwi - perap daging bersama kiwi yang dihancurkan .bersih kan selepas 20 minit dah boleh la di masak apa hidangan yang anda gemari.
  • pati lemon - lumur daging dengan pati lemon selama sejam setengah kemudian boleh la di masak.
  • tomato - lumur dengan daging selama 40- 60 minit dan bersihkan lalu boleh la di masak.
  • hampas kopi - lumur hampas kopi pada seluruh daging .cara ini bukan saja melembutkan daging malah menghilang kan bau hamis daging.

Sesetengah bahan diatas juga boleh dicampurkan bersama ketika anda memasak hidangan yang anda mahu untuk melembutkan daging tersebut.

Selamat mencuba. :)

Ahad, 6 Disember 2015

Resepi Kek Lapis Hijau


Nota: Resepi ini untuk loyang berukuran 9" x 4.5" x 4.5"

Bahan-bahan:

Lapisan Hijau


  • 10 biji kuning telur Grade A
  • 225g mentega berkualiti tinggi
  • 1/3 cawan gula halus
  • 1/4 tin susu pekat manis
  • 1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
  • 1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
  • 1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)


Lapisan Putih :


  • 1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
  • 225g mentega berkualiti tinggi
  • 10 biji putih telur Grade A
  • 1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
  • 1/2 tin susu pekat manis


Cara-caranya

Lapisan Hijau :

Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Putar hingga sebati. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.

Lapisan Putih :

Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)

Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.

Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus.
Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.

Nota:
***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama

Selamat Mencuba !