Sabtu, 30 Januari 2016

Resepi Kangkung Goreng Belacan


Bahan-bahan

Sajian Untuk (3-4 orang)
  • 1 ikat kangkung
  • Sedikit belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 10 biji cili api
  • 2 sudu besar ikan bilis (atau kiub ikan bilis)
  • Sedikit air
  • Sedikit Garam


Cara-caranya

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (2-3 minit).

Selamat Mencuba !

Jumaat, 29 Januari 2016

Resepi Brownies Coklat


Bahan-bahan:

  • 120 gm mentega
  • 180gm coklat hitam | dicincang kasar
  • 250gm gula kastor
  • 120gm tepung gandum
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur

Cara-caranya:

  1. Panaskan mentega dan coklat hitam di dalam mangkuk tahan panas menggunakan kaedah double boiler sehingga cair.
  2. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul gula bersama esen vanila dan telur sehingga sebati.
  3. Kemudian tuangkan campuran coklat cair dan kacau sehingga sebati.
  4. Tambahkan tepung dan gaul lagi sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 35 minit.

Selamat Mencuba !

Rabu, 27 Januari 2016

7 Petua Hilangkan Bau Hanyir Ikan Air Tawar


Ikan air tawar sememangnya sedap dimakan, terutamanya ikan talapia, ikan sepat, ikan keli, ikan sembilang dan banyak lagi. Akan tetapi ikan air tawar ini mempunyai satu bau dan rasa yang kadang kala akan membuatkan sesutu masakan kurang sedap. Kami kongsikan 7 Petua Menghilangkan Bau Hanyir Ikan Air Tawar:

  1. Selepas menyiang dan ikan dibersihkan, lumurkan ikan dengan beberapa sudu makan tepung gandum ataupun tepung beras. Perapkan selama 10-15 minit sebelum dibilas bersih.
  2. Jika anda tidak mempunyai stok tepung, lumurkan ikan tadi dengan sedikit perahan air limau nipis selama beberapa minit. Selain daripada limau nipis, asam jawa juga boleh digunakan sebagai bahan gantian. Bersihkan ikan sehingga bersih dan bolehlah dimasak seperti biasa.
  3. Rendamkan ikan yang telah disiang dan yang sudah dibersihkan ke dalam air basuhan beras selama 15 -20 minit. Kemudian ikan bolehlah dibilas sehingga bersih.
  4. Ambil beberapa genggam daun jambu batu dan ramaskan ke dalam sebesen kecil air. Rendamkan ikan untuk beberapa minit . Cucilah ikan sehingga bersih sebelum digoreng atau dimasak.
  5. Ramas daun pisang kelat bersama sedikit garam dan sedikit ir. Kemudian lumurkan air ramasan daun pisang tadi ke atas ikan. Biarkan selama beberapa minit, selepas itu barulah dicuci bersih.
  6. Ramas segenggam daun senduduk bersama daun serai. Kemudian lumurkan bahan ramasan daun senduduk dan serai tadi ke atas ikan. Biarkan selama beberapa minit, selepas itu barulah dicuci bersih.
  7. Masukkan beberapa helai pucuk kaduk dan daun kesom ke dalam masakan yang mengandungi ikan air tawar, Insyaallah bau hanyirnya akan hilang dengan sendirinya.

Isnin, 25 Januari 2016

Resepi Kailan Ikan Masin


Bahan-Bahan:

Sajian Untuk 3 orang

  • 1 ikat sayur kailan
  • 3 ulas bawang putih, kupas kulit dan ketuk
  • 4 biji cili padi, ketuk
  • 1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak
  • garam dan gula, secukup rasa


Cara-caranya:


  1. Basuh dan rendam sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras. Potong daun sepanjang 1 inci, batang sayur pula dihiris nipis.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika.
  3. Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun.
  4. Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
  5. Angkat dan hidang.

Selamat Mencuba !

Ahad, 24 Januari 2016

Resepi Kek Lapis Cheese Cracker


Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus biskut Deluxe cracker 
  • 250g cream cheese Philadelphia 
  • 1/4 tin susu pekat manis 
  • serbuk nestum secukupnya 
  • 1 kotak kecil susu Full Cream atau Fresh Milk 
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  • Putar cream cheese sehingga kembang dan lembut.
  • Masukkan 4 sudu besar susu, kemudian masukkan pula susu pekat sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
  • Celup biskut dalam susu dan susun di dalam loyang. Che Nom guna loyang berukuran 11"x7".
  • Susun biskut rapat-rapat dan tuang sedikit adunan cream cheese di lapisan atas dan ratakan. Tabur sedikit nestum dengan sekata.
  • Selang selikan dengan susunan biskut celup, lapisan cream cheese dan taburan nestum sehingga habis.
  • Sejukkan dalam peti ais semalaman. Potong empat segi kecil dan tabur degan serbuk koko sebagai hiasan.

Khamis, 21 Januari 2016

Resepi Nasi Daging dan Air Asam


Bahan-bahan :

  • 4 cawan beras basmathi (Untuk mendapatkan nasi yang cantik, gunalah beras basmathi yang panjang. Rendam selama 30 minit dan tos)
  • 5 cawan air rebusan daging
  • 500 gram daging - potong kiub besar
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 1 cawan susu cair
  • 1 helai daun pandan - carik dan simpul
  • 1 batang serai - dititik
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 -2 sudu besar minyak sayuran
  • 1/4 cawan tomato puri
  • Sedikit kismis hitam
  • Sedikit garam

Bahan untuk menumis :

  • 6 biji buah pelaga
  • 5 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih


Bahan dan cara untuk merebus daging :

  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 2 inci halia - hiris nipis
  • Air dalam anggaran 7 cawan lebih
  • Rebus daging bersama air, halia dan rempah
  • kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  • Lebih mudah jika menggunakan Pressure Cooker. Daging yang direbus menjadi lebih lembut dalam masa yang singkat.


Penyediaan Nasi Daging :

  • Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran
  • di dalam periuk.
  • Tumis bahan menumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan
  • beras yang telah ditos.
  • Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
  • Masukkan air rebusan daging beserta daging, susu cair, tomato puri, kismis, dan garam secukup rasa.
  • Kacau sedikit supaya sebati dan tutup.
  • Masak di atas api sederhana.
  • Kaedah yang sama jika guna periuk nasi elektrik.
  • Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.
  • Setelah masak, gembur nasi supaya tidak berketul.


Bahan dan penyediaan air asam :

  • 1 biji bawang besar - hiris nipis
  • 2 biji tomato - potong kecil
  • 6 biji cili merah - potong kecil
  • 1 inci belacan - dibakar di atas api sehingga wangi
  • 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 3 sudu besar gula
  • 1-2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar kerisik
  • Sedikit perahan jus limau nipis
  • Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.

Selasa, 19 Januari 2016

Resepi Roti Sarang Lebah


Bahan-Bahan

Bahan untuk doh roti:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 sudu kecil serbuk yis
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula halus atau gula kastor
  • 1/4 cawan plain yogurt
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan air suam


Bahan untuk taburan/hiasan:

  • 1 biji kuning telur dicampur 1 sudu kecil air, untuk disapu
  • sedikit sliced almond
  • bijan hitam
  • biji labu atau biji bunga matahari


Bahan untuk sos butterscotch:

  • 25 gram butter
  • 1/2 cawan gula perang atau brown sugar
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanila


Cara Penyediaan:
Cara untuk Roti:

  1. Campurkan tepung gandum, serbuk yis, baking powder, gula halus dan gaulkan sebati. Kemudian masukkan garam. Sebab kenapa garam dimasukkan kemudian adalah kerana yis tidak boleh bersentuhan dengan garam, boleh mengakibatkan yis rosak.
  2. Tuang yoghurt, minyak dan air suam, kemudian kacau dan uli sehingga lembut dan sebati. Doh ini agak lembik, jangan cuba untk menambah tepung. Cukup sekadar sedikit taburan tepung supaya doh tidak melekat di tangan. Uli selama 5-10 minit.
  3. Jika anda gunakan breadmaker, sila ikut arahan aturan bahan mengikut breadmaker anda.
  4. Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda. Keluarkan doh dan tumbuk2 keluar gelembung udara. Bahagikan doh kepada 12 atau 16 bahagian atau ikut kesukaan anda. Bulatkan doh dan susun di atas baking tray. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan bahan taburan.
  5. Panaskan oven kepada 160 darjah celcius, bakar selama lebih kurang 20-25 minit, atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan. Tuang sos butterscotch di atas roti sebelum dihidang.


Cara untuk sos butterscotch:

  1. Di atas api yang perlahan, panaskan mentega dan gula perang, kacau seketika. Masukkan pula whipping cream, garam dan esen vanilla. Kacau sehingga sos pekat sebati. Tidak perlu terlalu lama.

Ahad, 17 Januari 2016

Resepi Udang Kiwi Gold


Bahan-bahan:

  • 10 ekor udang cuci dan buang kepala dan urat hitam
  • 1/2 biji tomato dipotong kiub kecil
  • 1/2 biji capsicum dipotong kiub sederhana besar
  • 2 biji buah kiwi gold dibuang kulit dan potong kiub kecil
  • 2 pokok daun bawang dihiris
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • Cili kering dihiris dan serbuk kasar lada hitam
  • Garam


Cara-caranya:

  • Tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili kering.
  • Kemudian masukkan buah kiwi, capsicum dan tomato. Kacau rata sehingga kiwi hampir hancur
  • Kemudian masukkan udang
  • Akhir sekali masukkan daun bawang, serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Selamat mencuba.

Rabu, 13 Januari 2016

Resepi Lengkap Nasi Ayam Penyet


Bahan-bahan : (Ayam)

1 ekor ayam (di potong 4)

Bahan-bahan : (Perapan)


  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit minyak
  • Sedikit air


Bahan-bahan : (Nasi Ayam)


  • 3 cawan beras
  • 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji pelaga
  • 6 cawan air rebusan ayam (sukatan beras yang digunakan)
  • 1 helai daun pandan (di simpul)
  • sedikit butter
  • secubit garam


Bahan-bahan : (Sup Ayam)


  • Air rebusan ayam
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang serai (di titik)
  • 1 inc halia (dihiris)
  • Daun sup dan daun bawang (di hiris)
  • Bawang goreng (untuk hiasan)


Bahan-bahan : (Sambal Penyet)


  • 12 tangkai cili padi
  • 12 tangkai cili merah
  • 12 biji bawang merah (belah 4)
  • 3 biji bawang putih (hiris)
  • 5 biji tomato (belah 4)
  • 5 cm belacan bakar
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu besar gula merah
  • sedikit minyak
  • Limau nipis


Cara-cara :

1) Cuci ayam bersih-bersih. Ayam kemudian di rebus hingga empuk. tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam. Bila dah empuk angkat ayam dan toskan. Air rebusan ayam jangan di buang, kita akan gunakan untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.

2) Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum. Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus. Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi. Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng. Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun ok!

3) Baki ramuan perapan ayam tu jangan di buang. Anda boleh ambil sedikit, dan gaulkan dengan tauhu dan tempe dan perap sekali tapi dalam bekas berasingan dengan ayam ya. Bila dah perap bolehlah di goreng. Anda boleh goreng ayam ni bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah di sediakan. Maknanya goreng ayam ni akhir sekali lah ya supaya ia masih panas bila di hidangkan dan keriuknya tu rangup..!

4) Baki perapan ayam atau tauhu atau tempe tu. anda campurkan dengan tepung beras dan telur. Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata. Celupkan ayam tadi dalam campuran tepung dan telur tadi dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Baki adunan tepung mengoreng ayam tu anda renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup. jika tak suka ayam yang di celup tepung anda boleh terus mengoreng ayam yang telah di perap tadi
* sebelum goreng ayam, ita ingatkan anda supaya goreng tauhu dan tempe dahulu. Baki minyak tu nanti boleh goreng ayam.

5) Cairkan butter, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga , bunga lawang dan daun pandan hingga harum. Masukkan beras dan masak sebentar 3 hingga 5 minit. Kemudian baru masukkan air rebusan ayam. Perasakan dengan garam. Anda boleh juga masukkan kub ayam, Masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna. Ok nasi kita pun dah siap. Sementara tunggu nasi kita mask kita sediakan sup pula.

6) Baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat masak nasi dan separuh lagi kita buat sup. Panaskan semula atas dapur
Tambahkan serai, halia dan sup bunjut. Masak hingga didih
Perasakan dengan garam. Taburkan daun sup dan daun bawang
Bila hidangkan taburkan bawang goreng jika suka.

7) Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan. Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layur
Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesen kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi. Kisarkan sekali belacan bakar. Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum. Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam .Angkat dan hidangkan. Bila nak makan nanti perahkan jus limau..

8) Siap untuk dihidang


Selamat Mencuba !

Selasa, 12 Januari 2016

Resepi Vienna Brownies


Bahan A:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan butter cair
  • 1 cawan air panas
  • 2 cawan gula perang
  • � sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan susu cair
  • *Campurkan semua bahan A dan gaul.


Bahan B:

  • 250g / 1 cawan cream cheese
  • 60g / 1/3 gula halus
  • 2 biji telur
  • *Bahan B sahaja dicampurkan dan dipukul sehingga kembang.


Bahan C:

  • 2 biji telur
  • 1 sudu the esen vanilla
  • *Pukul bahan C sahaja dengan seadanya, kemudian campurkannya dengan bahan A.


Cara-caranya:

1. Bahagikan campuran bahan A dan C sama rata ke dalam dua bekas yang sama saiz.
2. Masukkan campuran pertama ke dalam loyang berbentuk segi empat dan kukuskannya selama 20 minit.
3. Lapiskan bahan B di atas lapisan pertama yang telah siap dikukus. Kemudian, kukuskan lagi selama 15 minit.
4. Lapiskan campuran terakhir di atas lapisan kedua dan kukuskannya dalam masa 20 minit.
5. Kalau mahu lebih enak rasanya seperti Vienna Brownies di Secret Recipe, anda boleh taburkan cip coklat secukup rasa di atas kek yang telah siap dikukus dan bakarnya di dalam ketuhar lebih kurang 5 minit (api di atas sahaja)

Selamat Mencuba

Rabu, 6 Januari 2016

Resepi Salad Telur


Bahan-bahannya:

  • Telur 4 biji
  • Seikat daud salad
  • Tomato ceri
  • Iceberg Lettuce
  • Kobis unggu (Purple Cabbage)
  • Sos Cili
  • Mayonis atau Thousand Island (ikut cita rasa anda)

Cara-caranya:

  • Rebus telur sehingga masak dan kupas kulitnya
  • Potong 4 telur rebus tersebut
  • Potong semua daun daun salad dan tomato ceri
  • Gaulkan semua bahan di dalam satu bekas
  • Tuang sos cili dan mayonis ke dalam campuran daun salad dan telur


Mudah sahaja kan? Selamat Mencuba !

Selasa, 5 Januari 2016

Resepi Ketam Telur Masin


Bahan-bahan:

  • 4 ekor ketam..
  • 3 biji bawang kecik dicincang (kalau tak nak pon takper)
  • 5 biji bawang putih dicincang (ni kalau lebih lagi sedap)
  • 7 biji cili padi (dipotong kecil) kalau nak pedas boleh tambah lagi
  • 1 tin susu cair
  • Setengah ketul Butter
  • Tepung jagung
  • Daun kari lebih kurang setangkai
  • 4 biji telur masin
  • kiub ayam maggi /knorr
  • Lada sulah/garam/gula

Cara memasak:

  • Rebus telur masin.
  • Sementara menunggu telur rebus masak boleh la kita menggoreng ketam.
  • Ketam di bersihkan dan di potong kepada dua bahagian..Kemudian lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah, serbuk kunyit dan garam.Goreng hingga masak kekuningan.
  • Telur masin yang dah masak lenyek-lenyek hingga hancur
  • Panaskan kuali masukkan setengah ketul butter
  • Kemudian tumiskan bawang putih, bawang kecil,cili padi dan daun kari kacau hingga wangi.
  • Masukkan telur masin yang dihancurkan tadi
  • Masukkan satu tin susu cair . klu xnak berkuah masukkan setengah tin pun ok. anak2 saya suka berkuah, jadi saya masukkan satu tin. ikut citarasa sendiri.
  • Letakkan kiub ayam, garam dan sedikit gula ( klu x suka manis jgn letak gula. lebih sedap klu letak gula)
  • Masukkan ketam yang di goreng tadi. gaul sampai rata .
  • Sedia untuk di hidang ..

Selamat Mencuba

Resepi Wrap Smoked Salmon


Bahan-bahan

(Hidangan untuk 3-4 Orang)
  • 4 keping Tortilla Wrap (mudah didapati di Giant/Tesco/Bakery)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato.
  • 8 helai daun salad
  • 3 potong smoked salmon
  • Mayonis
  • Sos Thousand Island (preferably Lady's Choice)

Cara-cara


  • Rebus smoked salmon di dalam air sehingga masak. Tambah garam secukup rasa.
  • setelah salmon cukup masak, keluarkan dan sejukkan sebentar. selepas tu potong salmon kepada ketulan-ketulan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk.
  • Gaulkan isi salmon tadi bersama mayonis sehingga rata. banyak mana mayonis tu bergantung pada individu, tapi lagi banyak lagi sedap.
  • Cerai-ceraikan daun salad. kemudian potong bawang besar dan tomato secara membulat.
  • Selepas itu ambil 4 keping tortilla wrap dan panaskan menggunakan microwave dengan suhu medium selama seminit. Kalau takde microwave boleh jugakan re-heat dalam kuali.
  • Setelah dipanaskan, tortilla diletakkan dia dalam pinggan dan letakkan salad di atas tortilla.
  • Bahagikan ayam mayonis, tomato dan bawang kepada 4 bahagian. Letakkan 1 bahagian di atas salad tortilla yang pertama. Lakukan proses yang sama kepada tortilla yang selebihnya.
  • Kemudian tuang sos thousand island ke atas inti tortilla.
  • Lipat sisi tortilla, kemudian gulung dari bawah.
  • Jika tortilla terlalu padat, boleh juga gulung terus dari bawah.
  • Akhir sekali, potong tortilla wrap yang sudah digulung kepada 2 bahagian... 
  • dan sedia untuk dimakan!


Cubalah...sedap!