Bahan-bahan
(Hidangan untuk 3-4 Orang)- 4 keping Tortilla Wrap (mudah didapati di Giant/Tesco/Bakery)
- 1 biji bawang besar
- 1 biji tomato.
- 8 helai daun salad
- 3 potong smoked salmon
- Mayonis
- Sos Thousand Island (preferably Lady's Choice)
Cara-cara
- Rebus smoked salmon di dalam air sehingga masak. Tambah garam secukup rasa.
- setelah salmon cukup masak, keluarkan dan sejukkan sebentar. selepas tu potong salmon kepada ketulan-ketulan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Gaulkan isi salmon tadi bersama mayonis sehingga rata. banyak mana mayonis tu bergantung pada individu, tapi lagi banyak lagi sedap.
- Cerai-ceraikan daun salad. kemudian potong bawang besar dan tomato secara membulat.
- Selepas itu ambil 4 keping tortilla wrap dan panaskan menggunakan microwave dengan suhu medium selama seminit. Kalau takde microwave boleh jugakan re-heat dalam kuali.
- Setelah dipanaskan, tortilla diletakkan dia dalam pinggan dan letakkan salad di atas tortilla.
- Bahagikan ayam mayonis, tomato dan bawang kepada 4 bahagian. Letakkan 1 bahagian di atas salad tortilla yang pertama. Lakukan proses yang sama kepada tortilla yang selebihnya.
- Kemudian tuang sos thousand island ke atas inti tortilla.
- Lipat sisi tortilla, kemudian gulung dari bawah.
- Jika tortilla terlalu padat, boleh juga gulung terus dari bawah.
- Akhir sekali, potong tortilla wrap yang sudah digulung kepada 2 bahagian...
- dan sedia untuk dimakan!
Cubalah...sedap!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan