Rabu, 27 Januari 2016

7 Petua Hilangkan Bau Hanyir Ikan Air Tawar


Ikan air tawar sememangnya sedap dimakan, terutamanya ikan talapia, ikan sepat, ikan keli, ikan sembilang dan banyak lagi. Akan tetapi ikan air tawar ini mempunyai satu bau dan rasa yang kadang kala akan membuatkan sesutu masakan kurang sedap. Kami kongsikan 7 Petua Menghilangkan Bau Hanyir Ikan Air Tawar:

  1. Selepas menyiang dan ikan dibersihkan, lumurkan ikan dengan beberapa sudu makan tepung gandum ataupun tepung beras. Perapkan selama 10-15 minit sebelum dibilas bersih.
  2. Jika anda tidak mempunyai stok tepung, lumurkan ikan tadi dengan sedikit perahan air limau nipis selama beberapa minit. Selain daripada limau nipis, asam jawa juga boleh digunakan sebagai bahan gantian. Bersihkan ikan sehingga bersih dan bolehlah dimasak seperti biasa.
  3. Rendamkan ikan yang telah disiang dan yang sudah dibersihkan ke dalam air basuhan beras selama 15 -20 minit. Kemudian ikan bolehlah dibilas sehingga bersih.
  4. Ambil beberapa genggam daun jambu batu dan ramaskan ke dalam sebesen kecil air. Rendamkan ikan untuk beberapa minit . Cucilah ikan sehingga bersih sebelum digoreng atau dimasak.
  5. Ramas daun pisang kelat bersama sedikit garam dan sedikit ir. Kemudian lumurkan air ramasan daun pisang tadi ke atas ikan. Biarkan selama beberapa minit, selepas itu barulah dicuci bersih.
  6. Ramas segenggam daun senduduk bersama daun serai. Kemudian lumurkan bahan ramasan daun senduduk dan serai tadi ke atas ikan. Biarkan selama beberapa minit, selepas itu barulah dicuci bersih.
  7. Masukkan beberapa helai pucuk kaduk dan daun kesom ke dalam masakan yang mengandungi ikan air tawar, Insyaallah bau hanyirnya akan hilang dengan sendirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan