Sabtu, 29 Oktober 2016

Disclaimer


www.asampedas.tk merupakan laman web perkongsian resepi, tip, dan maklumat berkaitan dunia masakan. Sekiranya maklumat yang terkandung dalam laman web ini merupakan hak milik individu atau organisasi tertentu, sila hubungi kami untuk tindakan selanjutnya.
Disclaimers for www.asampedas.tk :

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. ResepiBonda.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.asampedas.tk), is strictly at your own risk. www.asampedas.tk will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.

From our website, you can visit other websites by following hyperlinks to such external sites. While we strive to provide only quality links to useful and ethical websites, we have no control over the content and nature of these sites. These links to other websites do not imply a recommendation for all the content found on these sites. Site owners and content may change without notice and may occur before we have the opportunity to remove a link which may have gone ‘bad’.

Please be also aware that when you leave our website, other sites may have different privacy policies and terms which are beyond our control. Please be sure to check the Privacy Policies of these sites as well as their “Terms of Service” before engaging in any business or uploading any information.
Consent

By using our website, you hereby consent to our disclaimer and agree to its terms.

If you require any more information or have any questions about our site’s disclaimer, please feel free to contact us by email at misterazim90@gmail.com

Khamis, 27 Oktober 2016

Resepi Daging Black Pepper


Bahan-bahan:

  • 1/3 kilo daging(dipotong nipis dan dibasuh dan ditoskan)
  • 1 sudu teh lada hitam(ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah(kisar)
  • 2 ulas bawang putih(kisar)
  • Sedikit halia(kisar)
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit cuka
Gaulkan semua bahan pada daging dan perap seketika

Bahan tumis:

  • Seinci halia(mayang halus)
  • Selabu bawang besar(potong bulat)
  • Sebiji biji lada benggala(potong)
  • Sedikit carrot(potong memanjang)
  • 1 atau 2 sudu teh lada hitam(tumbuk)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
  • Minyak untuk masak daging

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak dan tumis halia dan masukkan daging.
  2. Kalau nampak kering berminyak kena tambah air.
  3. Pastikan goreng sampai daging empuk.
  4. Masukkan lada hitam. sos tiram dan kicap.
  5. Masukkan lada benggala dan bawang besar.
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. 
  7. Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba !

Khamis, 20 Oktober 2016

Resepi Ikan Bawal Berlada


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal saiz sederhana
  • 1 labu bawang besar
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 batang serai-diketuk
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 sm belacan-dibakar
  • 4 tangkai cili merah (dipotong)
  • 4 tangkai cili hijau
  • 3- 5 tangkai cili padi
  • 3 labu bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit minyak dan air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. 
  2. Goreng dalam minyak yang banyak hingga separa garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih selama 3 minit.
  4. Angkat dan kisar bersama belacan menggunakan pengisar kering.
  5. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu.
  6. Masukkan bahan kisar dan tambahkan sedikit air serta air asam jawa.
  7. Biarkan seketika hingga sambal menjadi pekat dan agak kering.
  8. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  9. Tutup api dan tuangkan sambal goreng di atas ikan.

Selamat Mencuba

Selasa, 18 Oktober 2016

Resepi Ketupat Sotong


Bahan-bahan:

  • 1 Kilo sotong segar
  • 1 1/2 cawan santan(cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)
  • 2 keping gula melaka
  • 2 sudu besar gula
  • Secawan beras pulut
  • Daun Pandan
  • Beberapa kuntum bunga cengkih
  • Sedikit garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Terlebih dahulu rendam pulut yang telah siap dibersihkan bersama dengan santan lebih kurang 10 minit.
  2. Masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong yang telah siap dibersihkan. Masukkan lebih kurang separuh penuh sahaja.
  3. Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
  4. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan juga lebihan santan tersebut bersama saki baki lebihan beras pulut ,daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam.
  5. Apabila mula mendidih, kita masukkan gula dan dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat

Selamat Mencuba !

Ahad, 16 Oktober 2016

Resepi Daging Masak Hitam


Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk daging lembu yang dipotong dalam ukuran 2 inci
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 1 senduk kecil kicap manis
  • 1 biji bawang besar garam secukup rasa
  • 1 senduk kecil minyak masak.

Bahan untuk dikisar:

  • 1 batang serai
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 tangkai cili kering

Cara-caranya:

  1. kisar bahan-bahan untuk dikisar
  2. panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang bunga cengkih dan buah pelaga..
  3. masuk kan semua bahan yang dah dikisar
  4. masuk kan kerisik
  5. Tunggu sampai semua bahan menjadi garing dan naik minyak..
  6. masuk kan kicap dan daging .
  7. masak sehingga daging lembut.jika terlalu kering masuk kan 1 cawan air.
  8. apa bila daging sudah lembut dan kering masuk kan garam dan bawang besar yang dihiris.
  9. tutup api.jangan sampai bawang jadi lembik.
  10. sedia untuk dihidangkan

Selamat Mencuba !

Jumaat, 14 Oktober 2016

Resepi Puff Sardin


Bahan-bahan:

  • Sebungkus pastri paf
  • Kuning telur - dipukul dengan garfu
  • sedikit air sejuk

Inti:

  • Sebiji bawang besar
  • Sardin (2 ketul yang besar)
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit daun bawang
  • sedikit minyak masak
  • Gula dan garam
  • 1 biji limau nipis

Cara-caranya:

  1. bawang putih dihiris nipis dan bawang besar dipotong dadu.
  2. Ikan sardin dilenyek .
  3. Daun bawang dipotong kecil.
  4. Tumis bawang putih dan kemudian masukkan bawang besar dan juga cili giling. Biar sampai naik bau.
  5. Masukkan rempah kari dan apabila naik bau masukkan sardin.
  6. Masukkan juga daun bawang tadi.
  7. Masukkan air limau nipis dan juga gula dan garam.
  8. Bila masak sejukkan seketika.

Nota:

  1. Kalau pastri paf dah memang kecil masukkan inti sardin dan sapu tepinya dengan air sejuk.
  2. Tutup dengan melipat pastri tersebut dan klim tepinya dengan hujung garfu.
  3. Sapu atasnya dengan kuning telur dan toreh sedikit bahagian tepinya dengan hujung pisau.
  4. Alas dulang pembakar dan bakarlah dia selama 35 minit dengan api suhu 180 C

Selamat Mencuba !

Rabu, 12 Oktober 2016

Resepi Puding Koktel Kastard Aiskrim Vanilla


Bahan-bahan


  • 1 paket agar-agar strip (30 gram)
  • 6 cawan air
  • 1 � cawan gula
  • 4 sudu besar aiskrim vanilla
  • 1 tin buah-buahan koktel (500 gram)
*Asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar.

Bahan-bahan dikisar

(menggunakan pengisar)
  • 1 tin susu sejat Carnation
  • Air buah-buahan koktel
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji telur
  • � sudu kecil vanilla
*Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.

Cara-caranya:

  1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.
  2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental.
  4. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana bimbang adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.
  5. Sejurus sebelum diangkat, campurkan aiskrim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut.
  6. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).
  7. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.
  8. Setelah itu, tuangkan � adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis.
  9. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalaman. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan.

Selamat mencuba.