Khamis, 20 Oktober 2016

Resepi Ikan Bawal Berlada


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal saiz sederhana
  • 1 labu bawang besar
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 batang serai-diketuk
  • 1 biji limau kasturi
  • 1 sm belacan-dibakar
  • 4 tangkai cili merah (dipotong)
  • 4 tangkai cili hijau
  • 3- 5 tangkai cili padi
  • 3 labu bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit minyak dan air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. 
  2. Goreng dalam minyak yang banyak hingga separa garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah, cili hijau, cili padi, bawang merah dan bawang putih selama 3 minit.
  4. Angkat dan kisar bersama belacan menggunakan pengisar kering.
  5. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar hingga layu.
  6. Masukkan bahan kisar dan tambahkan sedikit air serta air asam jawa.
  7. Biarkan seketika hingga sambal menjadi pekat dan agak kering.
  8. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  9. Tutup api dan tuangkan sambal goreng di atas ikan.

Selamat Mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan