Isnin, 3 Oktober 2016

Resepi Kek Pisang


Bahan-bahannya:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan minyak jagung
  • 2 cawan gula perang
  • 10 biji pisang berangan/bunga/restali
  • 6 biji telur ayam
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh baking powder.
  • 1 sudu teh garam halus

Cara-caranya:

  1. Panaskan ketuhar dalam suhu 180' selama 10 minit
  2. Satukan bahan kering seperti tepung gandum,soda dan baking powder. Ayak adunan tersebut sebanyak 2 kali bagi memastikan kandungan tepung agak ringan
  3. Masukkan telur dan gula ke dalam blender dan kisar hingga kelihatan putih dan gebu
  4. Pisang dilecek dan masukkan adunan telur tadi ke dalam adunan pisang.
  5. masukkan tepung dan minyak
  6. kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu
  7. Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah dilenser dengan marjerin
  8. Bakar selama 1 jam
  9. Sedia untuk dihidangkan 

Selamat Mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan