Selasa, 11 Oktober 2016

Resepi Ayam Masak Halia Malaya


Bahan-Bahan:


  • dada ayam - dipotong kecil
  • 1/2 lobak merah - dipotong bulat
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 lada benggala - dipotong kecil
  • 1 biji tomato sederhana besarnya - dipotong 6
  • 2 ulas bawang putih - diblender
  • 1 biji bawang besar - dicercai 4 dan dicerai kelopaknya
  • 1 inci halia - hiris nipis seperti mancis
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan air
  • 8 biji cili padi - diketuk atau dibelah 2
  • 3 ulas bawang merah - diblender
  • sedikit kicap
  • sos tomato, sos cili, dan sos tiram
  • sedikit garam dan gula

Cara-caranya:

  1. ayam yang sudah dipotong kecil-kecil dan digoreng tadi perap dengan sos tiram, sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.
  2. kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi, selepas tu bila dah namapak garing ketepikan. dengan memakai minyak yang sama tapi bila banyak buangkan sikit.
  3. Tumis bahan yang tealh ditumbuk kasar tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.
  4. kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. selepas itu kacau sebatikan.
  5. masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. kacau sebatikan.
  6. bila dah nampak mendidih masukan kepingan dada ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebatikan.
  7. masukkan juga tepung jagung yang telah berbancuh dengan air. sesuaikan kepekatan dengan selera anda
  8. akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. kemudian kacau rata dan sesuaikan cita rasanya dengan selera anda. bila dah masak tutp api dan hidangkan bersama nasi panas.

Selamat Mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan