Rabu, 12 Oktober 2016

Resepi Puding Koktel Kastard Aiskrim Vanilla


Bahan-bahan


  • 1 paket agar-agar strip (30 gram)
  • 6 cawan air
  • 1 � cawan gula
  • 4 sudu besar aiskrim vanilla
  • 1 tin buah-buahan koktel (500 gram)
*Asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar.

Bahan-bahan dikisar

(menggunakan pengisar)
  • 1 tin susu sejat Carnation
  • Air buah-buahan koktel
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji telur
  • � sudu kecil vanilla
*Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.

Cara-caranya:

  1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.
  2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental.
  4. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana bimbang adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.
  5. Sejurus sebelum diangkat, campurkan aiskrim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut.
  6. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).
  7. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.
  8. Setelah itu, tuangkan � adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis.
  9. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalaman. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan.

Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan