Rabu, 31 Ogos 2016

Resepi Nasi Goreng Kampung


Bahan untuk ditumbuk lumat:

  • 2 ulas Bawang Putih
  • 2 ulas Bawang Merah (1 ulas sebesar ibu jari)
  • 1 biji Cili Merah (dibuang biji)
  • 3 biji Cili Padi (dibuang sedikit biji)
  • 1 genggam Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  • 3 senduk besar Nasi Putih
  • 1 genggam Kangkung
  • 2 biji telur (dimasukkan dalam mangkuk & dipukul sedikit)
  • 1 genggam Isi Ayam dihiris keping-keping
  • 1 genggam Daging dihiris keping-keping
  • 2 sudu minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil Garam
Nota: sengenggam tu maksudnya lebih kurang segenggam tangan kita.. kalau suka lebih .. masukkan lebih sedikit. kalau kurang suka.. kurangkan sedikit.

Cara-caranya:

  1. Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu minyak masak.
  2. Agak panas sedikit masukkan bahan ditumbuk lumat tadi. dan kacau biar masak dan pecah minyak. Rajin-rajin kacau supaya tak hangit.
  3. Masukkan daging dan kacau lagi. Kacau selama 2 - 3 minit.
  4. Masukkan air. Air tu untuk pastikan daging masak. Kacau lagi.
  5. Bila agak kering (tinggal sedikit air) masukkan ayam. Kacau lagi. Biar daging dan ayam masak.
  6. Masukkan Kangkung dan kacau hingga sedikit layu (jangan layu sangat).
  7. Masukkan telur dan dibiarkan lama sedikit, jangan dikacau lagi. Bila telur sudah sedikit keras baru dikacau.
  8. Masukkan nasi putih dan garam (secukup rasa). Kacau lagi.
  9. Kacau selama 3 minit. Bila dah mesra ..rasa sedap. tutup api dan sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba !

Khamis, 25 Ogos 2016

Resepi Udang Petai Tempoyak


Bahan A:

  • Udang XL ( dapat lobster pun boleh )
  • Tempoyak
  • Petai
  • Daun Kunyit ( manyang halus )

Bahan B:

( tumbuk sampai lebam )
  • cili padi,
  • bawang merah,
  • bawang putih

Cara-caranya:

  1. Tumis bahan B sampai naik bau,
  2. masuk tempoyak,udang & petai 
  3. kacau 5-10 minit,agak-agak dah masak 
  4. campak daun kunyit yg kita manyang halus tadi.
  5. garam/gula secukup rasa.

Selasa, 23 Ogos 2016

Resepi Kerabu Jantung Pisang ala Segamat


Bahan-bahan:

  • 1 biji jantung pisang
  • 1/2 cawan ikan bilis kecil - boleh ditambah
  • 1 biji bawang besar
  • kerisi secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • jus limau nipis secukupnya

Bahan ditumbuk lumat :

  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah - boleh ditambah
  • 1 inci belacan dibakar

Cara-caranya:

  1. Kopek jantung piasng sampai ke bahagian yang lembut . MAsak air dalam dalam periuk samapi mengelegak dan potong jantung pisang , masukkan jantung pisang ke dalam air rebusan serta masak sampai jantung pisang empuk lembut . Tos dan ketepikan dulu .
  2. Tumbuk lumat semua bahan . Kalau nak lagi pedas boleh ditambah cili api .
  3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam mangkuk yang sesuai bersama jantung pisang , kerisi secukup rasa , ikan bilis secukupnya dan jus limau nipis secukupnya . 
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa, dah siap kerabu ni dan boleh dihidangkan .

Nota: Kerabu jantung pisang ni dicampur dengan ikan bilis kecil yang digoreng ranggup ,bertambah sedap.

Selamat Mencuba !

Ahad, 21 Ogos 2016

Resepi Gulai Keladi Kemahang cara Orang Kuala Lipis


Bahan-bahannya:

Keladi Kemahang
  • Secekak keladi kemahang
  • Tempoyak dalam 3- 4 sudu besar (biarlah kuahnya pekat sikit, jangan cair sangat)
  • 10 ulas cabai burung @ cili api (kalau nak pedas boleh bubuh banyak)
  • Kunyit hidup satu inci (kunyit serbuk tidak sesuai)
  • Seikat daum kesum
  • Bunga kantan ( pilihanlah jika ada)
  • Sedikit Air
  • Garam secukup rasa
  • Sekiranya tempoyak tak berapa masam boleh tambah asam keping dalam sekeping :)
  • Sedikit gula putih sebagai perisa dan bahan perasa lain amat tidak digalakan :)

Cara-caranya:

  1. Tumbuk lada api dan kunyit
  2. kalau keladi panjang sangat potong separuh
  3. pastu campur semua bahan di atas dalam periuk tambah air sehingga ampuh keladi.
  4. Ketika memasak periuk hendaklah di tutup dengan tudungnya.
  5. JANGAN selalu dikacau-kacau atau di timbuk-timbuk atau digode-gode (biar kan sahaja)
  6. Tunggu sampai masak sehingga keladi tadi menjadi lembut atau sudah boleh di putuskan dengan sudu
  7. Bolehlah ditutupkan apinya.

Petua: Biasanya, kalau keladi itu gatal susah nak putus. Untuk lebih sedap, gulai keladi ini bpleh ditambah jering semai dipotong-potongkan @ petai,terung, terung manggor (pipit) atau terung telunjuk atau campur keledek sahaja best juga.

Tips yang lain; campurkan setengah sudu teh minyak masak. Petua ini bagi mengelakkan keladi itu menjadi gatal.

Sedapnya susah nak cakap. Kena cuba sendiri dan makan bersama nasi yang panas-panas.

Selamat mencuba !

Khamis, 18 Ogos 2016

Resepi Ais-Krim Pretzel Malaya


Bahan-bahan:

  • 4 cawan ais krim vanilla
  • � cawan peanut butter
  • � cawan coklat fudge cair, (tambahan untuk topping)
  • � cawan sos karamel, (tambahan untuk topping)
  • 2 cawan butter cups kacang hancur, (tambahan untuk topping)
  • 4 ketul Pretzel (sedap kalau beli sahaja Pretzel di kiosk Auntie Anne's)

Cara-caranya:

  1. Ambil 2 cawan ais krim vanilla dan masukkan ke dalam mangkuk sederhana. Taburkan peanut butter di atas ice cream. Renjis coklat fudge cair, caramel, dan butter cups kacak hancur secara rawak. Tambah lebihan ais krim dan letakkan diatas. Tutup dengan kertas pastri dan tekan perlahan  sehingga keluar  buih. Simpan di dalam freezer semalaman.
  2. Panaskan oven lebih kurang 250�F (120�C). Letakkan pretzel di atas pemanggang dan masukkan ke dalam oven.
  3. Keluarkan ais-krim dari dalam freezer. Terbalikkan mangkuk diatas cutting, kluarkan aiskrim dan potong untukkan jadikan bentuk empat segi. Masukkan semula ke dalam freezer.
  4. Kluarkan pretzel dari oven sejukkan. Letakkan satu pretzel di atas dan bawah ais krim (macam style burger - rujuk gambar). 
  5. Taburkan diatasnya dengan butter cup kacang hancur, coklat fudge cair dan karamel.

Selamat Mencuba !

Rabu, 17 Ogos 2016

Resepi Kek Batik


Bahan-bahannya:

  • 250g butter
  • 200g milo
  • 1 paket biskut marie (patah-patahkan)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • Secubit garam

Cara-caranya:

  1. Cairkan butter.masukkan susu pekat.kacau hingga sebati.
  2. Masukkan milo, koko dan garam.
  3. Kacau sebati.
  4. Padamkan api.masukkan biskut.gaul sampai semua adunan coklat bersalut pada biskut marie.
  5. Masukkan dalam loyang yang dah dilapik plastik.supaya senang nak keluarkan nanti.
  6. Padatkan hingga rata.
  7. Biarkan sejuk.dan boleh la potong.kalau nak masuk dalam peti ais pun boleh.tapi sebelum nak makan.kluarkan 5-10minit.kalau x, nanti gigi patah.

Nota: kalau nak kek batik lembut sikit, boleh buh susu cair atau susu segar sikit.

Selamat mencuba !

Selasa, 16 Ogos 2016

Resepi Udang Thai dan Kari Nanas


Bahan-bahan:

  • 1 � sudu besar Minyak Masak
  • 2 sudu besar Pes Kari Merah Thai (yang sedia terjual)
  • � cawan Santan
  • � cawan Air
  • 3 � 4 helai Daun Limau Purut, Dititik (pilihan)
  • 8 auns Udang Dibuang Kulit Dan Perut (ekor dibiarkan)
  • 1 cawan Kiub Nanas
  • � sudu besar Sos Ikan
  • � sudu besar Gula / Gula Kabung
  • Sedikit perahan jus limau nipis
  • Udang Thai dan Kari Nanas

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak masak dalam. 
  2. Apabila minyak sudah panas, masukkan pes kari dan kacau sehingga bangkit aroma. 
  3. Pastikan pes sentiasa dikacau untuk mengelakkan hangit.
  4. Masukkan santan, air dan daun limau purut sehingga mendidih. 
  5. Masukkan semua udang dan nanas dan biarkan masak selama kira-kira 5 minit atas api sederhana.
  6. Tambahkan sos ikan, gula, dan jus limau nipis, kacau dan gaul sebati.
  7. Tutup api dan hidangkan dengan nasi kukus.

Info: Sajian ini sesuai untuk 2 orang | Tempoh penyediaan: 15 minit | Tempoh Memasak : 5 Minit

Selamat Mencuba !

Isnin, 15 Ogos 2016

Resepi Apam Pisang


Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar)
  • 3/4 cawan minyak
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula (kalo x nak manis boleh kurangkan)
  • secubit garam

Cara-caranya:

  1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
  2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
  3. Pukul telur bersama gula, masukkan minyak.
  4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang/acuan yang telah disapu dengan mentega.
  5. Panaskan kukus. Kukus apam selama 45 minit(untuk loyang) dan 8~10 minit (untuk acuan) menggunakan api yang sederhana.

Selamat Mencuba !

Ahad, 14 Ogos 2016

Resepi Ayam dengan Sos BBQ Balsamik


Bahan-bahannya:

Untuk Sos BBQ Balsamik

  • 1 cawan cuka balsamik
  • � cawan sos tomato
  • ? cawan gula perang
  • 1 kelopak bawang putih, dicincang
  • 1 sudu sos Worcestershire
  • 1 sudu mustard
  • � sudu teh garam
  • � sudu teh lada hitam

Untuk Ayam

  • 4 ketul ayam, (tak kisah drumstick, dada dll)
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-caranya

Untuk Sos BBQ Balsamik

  1. Campurkan semua bahan-bahan dalam satu bekas dan gaulkan semua sehingga sebati
  2. Renehkan dengan api sederhana sehingga dia sedikit kering (lebih kurang tinggal dalam 1/3), selama 15 ke 20 minit.

Untuk Ayam

  1. Panaskan pan pemanggang dengan api sederhana. 
  2. Lumurkan ayam tadi dengan garam dan lada hitam. 
  3. Sapukan sos BBQ Balsamik di atas ayam. 
  4. Letakkan ayam di atas pan pemanggang. Tambah lagi lebihan sos BBQ yang ada pada ayam, kecilkan api dan masak perlahan-lahan.
  5. Masak lebih kurang 8 minit, 4 minit untuk sebelah bahagian sebelum diterbalikkan dengan suhu lebih kurang 120�F 
  6. Keluarkan ayam dari pemangang dan sejukkan untuk selama 5 minit.
  7. Hidangkan bersama sos BBQ yang dipanaskan.

Selamat Mencuba !

Khamis, 11 Ogos 2016

Resepi Sotong Goreng Madu


Bahan A:

  • 1kg sotong
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 1 inci halia (tumbuk lumat)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak

Bahan B:

  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 5 biji bawang putih (kisar)
  • 4 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji tomato

Cara-caranya:

  1. Gaulkan bahan A (sotong,bawang putih,halia,serbuk kunyit,garam) dan perap selama 10minit
  2. Setelah perap,goreng separuh masak dan ketepikan
  3. Tumis bahan B (bawang besar dan bawang putih) menggunakan minyak goreng td hingga naik bau
  4. Masukkan madu dan kicap
  5. Goreng hingga pecah minyak
  6. Masukkan cili merah dan tomato
  7. Masukkan sotong yang digoreng tadi
  8. Gaul sebati hingga sotong masak sepenuhnya
  9. Tabur daun bawang
  10. Sedia untuk dihidang

Selamat Mencuba !

Rabu, 10 Ogos 2016

Resepi Cup Cake Coklat


Bahan-Bahannya:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan susu pekat,kacau lagi hingga sebati.
  3. Masukkan serbuk koko,tpg gandum,soda bikarbonat dan baking powder.
  4. Kacau sehingga betul2 sebati.
  5. Setelah sebati,masukkan minyak.
  6. Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.
  7. Masukkan kedalam papercup pilihan anda.
  8. Kukus selama 20 minit.

Selamat Mencuba!

Selasa, 9 Ogos 2016

Resepi Biskut Dam


Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk doh vanilla:

  • 100g mentega
  • 65g gula kastor
  • 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
  • 220g tepung kek, ayak
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan-bahan untuk doh coklat:

  • 100g mentega
  • 65g gula kastor
  • 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
  • 190g tepung kek
  • 30g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk doh vanilla:

  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut. 
  5. Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. 
  6. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  7. Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.

Cara-cara untuk doh coklat:

  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
  5. Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. 
  6. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  7. Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.

Cara untuk biskut dam:

  1. Susun kepingan doh vanilla-coklat-vanilla.
  2. Susun kepingan coklat-vanilla-coklat.
  3. Sejukkan kembali di dalam freezer selama 30 minit. 
  4. Keluarkan dan potong doh yang disusun tadi doh setebal 1 m. 
  5. Pastikan potong dengan sama rata.
  6. Ambil 3 keping doh yang dipotong tadi dan susun bertindan secara berselang seli. 
  7. Anda akan dapat hasilkan 4 batang panjang doh biskut dam.
  8. Sejukkan sekali lagi selama 10 minit dan keluarkan untuk dipotong setebal 1 cm. 
  9. Susun di atas dulang pembakar yang telah digris dan dilapik dengan kertas parchment.
  10. Panaskan oven pada suhu 150�C. Bakar biskut selama 15-20 minit.

Tips:

Bancuhan doh biskut ini sangat lembut, dan tujuan penyejukkan ialah supaya doh rehat dan senang dibentuk. Apabila dalam keadaan sejuk, potongan biskut dan akan menjadi cantik dan tepat.

Isnin, 8 Ogos 2016

Resepi Kuih Serabai dan Kuah Durian


Bahan-bahan:

  • 2 cawan tpg beras
  • 3/4 cawan nasi sejuk
  • 1 sudu kecik yis
  • 1/2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit garam

Cara-caranya:

  1. yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 mnit utk memastikan yis aktif...
  2. kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi
  3. dah hancur nasi tu masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau sebati ..
  4. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup
  5. Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dlm acuan kuih bakar
  6. sapu dgn sedikit minyak dlm acuan tersebut...dah betul2 panas acuan tu
  7. masukkan adunan dlm acuan... sederhanakan api dapur dan tutup acuan

agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak, cungkil guna bende tajam tuk kluarkan kuih dr acuan

Bahan utk kuah durian

  • 1 keping gula melaka
  • 2 mgkuk santan sederhana pekat
  • durian 2@3 ulas
  • gula jika perlu
  • daun pandan disimpul
  • sedikit garam
  • 1 sudu tpg gandum*
  • sedikit air *

* gandum dan air bancuh terlebih dahulu

Cara-caranya:

  1. gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing
  2. masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi..
  3. masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.
  4. jika kurang manis tambah la gula dan masukkan campuran gandum tadi untuk memekatkan kuah 
  5. kacau sentiasa dan sehingga masak.

Selamat Mencuba !

Khamis, 4 Ogos 2016

Resepi Kole Kacang Tahi Minyak


Bahan-bahan:

  • 200g tepung kacang hijau
  • 200g gula perang
  • 1liter santan
  • 1sudu garam

Untuk tahi minyak- renehkan 250ml santan pekat sambil terus dikacau hingga jadi minyak dan tahi minyak. Jgn biar lama, nanti hangit.

Cara-caranya:

  1. Satukan tepung, gula dan garam dalam kuali.
  2. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil gaul rata supaya tidak berbintil (boleh juga guna whisker).
  3. Masak dgn api sederhana sambil terus dikacau hingga menjadi doh yg kental dan berkilat.
  4. Ratakan dalam loyang, tabur tahi minyak. 
  5. Sejukkan. Potong guna pisau plastik.

Selamat Mencuba !

Resepi Kuih Kaswi Pandan


Bahan-bahan:

  • 2/3 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan)*
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur - guna 1/2 sudu kecil
  • Sedikit pewarna hijau


Cara-caranya:

  1. Masak gula pasir dengan 2 cawan air sehingga gula larut serta mendidih. Ketepikan.
  2. Dalam periuk lain, satukan semua bahan di atas kecuali air gula dan digaul rata. 
  3. Setelah bergaul rata, baru dituangkan air gula dan kacau rata.
  4. Masak atas api perlahan dan kacau sehingga hampir likat. Jangan pekat sangat. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca dan kukus selama 20 minit. Boleh juga dikukus selama 25 minit.
  5. Hidang dengan parutan kelapa parut muda putih digaul dengan sedikit garam.

Selamat Mencuba !

Rabu, 3 Ogos 2016

Resepi Mee Kolok Sarawak

Resepi ini bersesuaian untuk hidangan utk 3 orang

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus Mee Kolok kering - celur
  • 3 ulas Bwg Putih - tumbuk
  • 3 sb Sos Tiram
  • 3 sb Kicap
  • 3 sb Sos Cili
  • 1 st Minyak Lenga
  • 1 st Cili Oil
  • 1/2 ketul Dada Ayam - cincang
  • Garam & Lada Sulah
  • Taburan - Daun Bwg, Bwg Goreng, Taugeh 

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak & masukkan ayam, garam & lada sulah.
  2. Angkat apabila masak & ketepikan.
  3. Tumis bwg putih dgn baki minyak tadi sehingga perang.
  4. Masukkan sos tiram, kicap, sos cili, minyak lenga, cili oil, garam & lada.
  5. Masukkan beberapa sudu air jika perlu.
  6. Tutup api sebaik shj mendidih dan gaulkan Mee Kolok sehingga rata.
  7. Hidangkan segera dgn ayam, bahan taburan & sos cili.
  8. Selalu nya di restoren di hidangkan dgn sup kosong .

Sos Cili:

  • 2 bj Cili Merah
  • 1 ulas Bwg Putih
  • 1 bj Limau Kasturi
  • 1 sb Sos Cili
  • Garam, Gula
* Blend kesemua bahan2 dgn sedikit air.

Selamat Mencuba !

Isnin, 1 Ogos 2016

Resepi Salmon Grill dan Sos Mustard


Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan Salmon
  • 1 sudu minyak zaitun/olive oil
  • Garam secukup rasa
  • Lada Hitam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Serbuk Oregano secukup rasa 
  • 3 ulas Bawang putih
  • Sayur-sayuran (Contoh : Carrot, Brokoli, Kubis, dll)

Cara-caranya:

  1. Perapkan ikan Salmon dengan garam, lada hitam, lada sulah, serbuk oregano secukup rasa dalam 5 minit.
  2. Panaskan minyak zaitun di atas pemanggang. (resepi ini guna "pemanggang ajaib")
  3. Letakkan ikan Salmon yang telah diperap tadi di atas pemanggang, 
  4. Tunggu sehingga garing dan balik-balikkan ikan supaya ia masak kedua-kedua belah. (berhati-hati supaya ikan tak patah, balikkan hanya bila nampak dah garing)
  5. Bila dah masak, ketepikan.

Bahan-bahan sos mustard:

  • Satu sudu butter
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 cawan mayonis
  • 2 sudu sos mustard
  • Satu sudu herba dill kering
  • Sedikit tepung gandum dicampur air
  • Garam
  • Black pepper

Cara-caranya:

  1. Panaskan kuali dengan api sederhana.
  2. Masukkan satu sudu butter, 3 ulas bawang butih cincang, goreng sebentar.
  3. Masukkan 1 cawan susu segar, 1/4 cawan mayonis, 2 sudu sos mustard, satu sudu dill kering.
  4. Ya,herba dill memang amat sesuai dengan masakan ikan.
  5. Campurkan sedikit tepung dan air untuk memekatkan kuah.
  6. Masukkan dalam kuali dengan api kecil. 
  7. Kacau sehingga sebati.
  8. Akhir sekali perasakan dengan garam dan black pepper. Kacau sehingga mendidih dan Hidangkan.


Selamat Mencuba !