Rabu, 31 Ogos 2016

Resepi Nasi Goreng Kampung


Bahan untuk ditumbuk lumat:

  • 2 ulas Bawang Putih
  • 2 ulas Bawang Merah (1 ulas sebesar ibu jari)
  • 1 biji Cili Merah (dibuang biji)
  • 3 biji Cili Padi (dibuang sedikit biji)
  • 1 genggam Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  • 3 senduk besar Nasi Putih
  • 1 genggam Kangkung
  • 2 biji telur (dimasukkan dalam mangkuk & dipukul sedikit)
  • 1 genggam Isi Ayam dihiris keping-keping
  • 1 genggam Daging dihiris keping-keping
  • 2 sudu minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil Garam
Nota: sengenggam tu maksudnya lebih kurang segenggam tangan kita.. kalau suka lebih .. masukkan lebih sedikit. kalau kurang suka.. kurangkan sedikit.

Cara-caranya:

  1. Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu minyak masak.
  2. Agak panas sedikit masukkan bahan ditumbuk lumat tadi. dan kacau biar masak dan pecah minyak. Rajin-rajin kacau supaya tak hangit.
  3. Masukkan daging dan kacau lagi. Kacau selama 2 - 3 minit.
  4. Masukkan air. Air tu untuk pastikan daging masak. Kacau lagi.
  5. Bila agak kering (tinggal sedikit air) masukkan ayam. Kacau lagi. Biar daging dan ayam masak.
  6. Masukkan Kangkung dan kacau hingga sedikit layu (jangan layu sangat).
  7. Masukkan telur dan dibiarkan lama sedikit, jangan dikacau lagi. Bila telur sudah sedikit keras baru dikacau.
  8. Masukkan nasi putih dan garam (secukup rasa). Kacau lagi.
  9. Kacau selama 3 minit. Bila dah mesra ..rasa sedap. tutup api dan sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan