Bahan-bahannya:
Keladi Kemahang |
- Secekak keladi kemahang
- Tempoyak dalam 3- 4 sudu besar (biarlah kuahnya pekat sikit, jangan cair sangat)
- 10 ulas cabai burung @ cili api (kalau nak pedas boleh bubuh banyak)
- Kunyit hidup satu inci (kunyit serbuk tidak sesuai)
- Seikat daum kesum
- Bunga kantan ( pilihanlah jika ada)
- Sedikit Air
- Garam secukup rasa
- Sekiranya tempoyak tak berapa masam boleh tambah asam keping dalam sekeping :)
- Sedikit gula putih sebagai perisa dan bahan perasa lain amat tidak digalakan :)
Cara-caranya:
- Tumbuk lada api dan kunyit
- kalau keladi panjang sangat potong separuh
- pastu campur semua bahan di atas dalam periuk tambah air sehingga ampuh keladi.
- Ketika memasak periuk hendaklah di tutup dengan tudungnya.
- JANGAN selalu dikacau-kacau atau di timbuk-timbuk atau digode-gode (biar kan sahaja)
- Tunggu sampai masak sehingga keladi tadi menjadi lembut atau sudah boleh di putuskan dengan sudu
- Bolehlah ditutupkan apinya.
Petua: Biasanya, kalau keladi itu gatal susah nak putus. Untuk lebih sedap, gulai keladi ini bpleh ditambah jering semai dipotong-potongkan @ petai,terung, terung manggor (pipit) atau terung telunjuk atau campur keledek sahaja best juga.
Tips yang lain; campurkan setengah sudu teh minyak masak. Petua ini bagi mengelakkan keladi itu menjadi gatal.
Sedapnya susah nak cakap. Kena cuba sendiri dan makan bersama nasi yang panas-panas.
Selamat mencuba !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan