Memaparkan catatan dengan label Daging Black Papper. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daging Black Papper. Papar semua catatan

Khamis, 27 Oktober 2016

Resepi Daging Black Pepper


Bahan-bahan:

  • 1/3 kilo daging(dipotong nipis dan dibasuh dan ditoskan)
  • 1 sudu teh lada hitam(ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah(kisar)
  • 2 ulas bawang putih(kisar)
  • Sedikit halia(kisar)
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit cuka
Gaulkan semua bahan pada daging dan perap seketika

Bahan tumis:

  • Seinci halia(mayang halus)
  • Selabu bawang besar(potong bulat)
  • Sebiji biji lada benggala(potong)
  • Sedikit carrot(potong memanjang)
  • 1 atau 2 sudu teh lada hitam(tumbuk)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
  • Minyak untuk masak daging

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak dan tumis halia dan masukkan daging.
  2. Kalau nampak kering berminyak kena tambah air.
  3. Pastikan goreng sampai daging empuk.
  4. Masukkan lada hitam. sos tiram dan kicap.
  5. Masukkan lada benggala dan bawang besar.
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. 
  7. Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba !

Selasa, 21 Jun 2016

Resepi Daging Masak Black Papper


Bahan-bahan:

  • 500g daging (bahagian batang pinang)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 2 tangkai cili merah (potong kasar)
  • Bawang besar holland
  • 2 sudu kecil tepung jagung

Cara Membuat:

  1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
  2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
  3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. 
  4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
  5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bwg.


Tips


  • Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.