Memaparkan catatan dengan label Sotong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sotong. Papar semua catatan

Selasa, 18 Oktober 2016

Resepi Ketupat Sotong


Bahan-bahan:

  • 1 Kilo sotong segar
  • 1 1/2 cawan santan(cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)
  • 2 keping gula melaka
  • 2 sudu besar gula
  • Secawan beras pulut
  • Daun Pandan
  • Beberapa kuntum bunga cengkih
  • Sedikit garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Terlebih dahulu rendam pulut yang telah siap dibersihkan bersama dengan santan lebih kurang 10 minit.
  2. Masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong yang telah siap dibersihkan. Masukkan lebih kurang separuh penuh sahaja.
  3. Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
  4. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan juga lebihan santan tersebut bersama saki baki lebihan beras pulut ,daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam.
  5. Apabila mula mendidih, kita masukkan gula dan dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat

Selamat Mencuba !

Khamis, 11 Ogos 2016

Resepi Sotong Goreng Madu


Bahan A:

  • 1kg sotong
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
  • 1 inci halia (tumbuk lumat)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak

Bahan B:

  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 5 biji bawang putih (kisar)
  • 4 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji tomato

Cara-caranya:

  1. Gaulkan bahan A (sotong,bawang putih,halia,serbuk kunyit,garam) dan perap selama 10minit
  2. Setelah perap,goreng separuh masak dan ketepikan
  3. Tumis bahan B (bawang besar dan bawang putih) menggunakan minyak goreng td hingga naik bau
  4. Masukkan madu dan kicap
  5. Goreng hingga pecah minyak
  6. Masukkan cili merah dan tomato
  7. Masukkan sotong yang digoreng tadi
  8. Gaul sebati hingga sotong masak sepenuhnya
  9. Tabur daun bawang
  10. Sedia untuk dihidang

Selamat Mencuba !

Ahad, 26 Jun 2016

Resepi Sotong Masak Kari


Bahan-Bahan:

  • 8-10 ekor sotong, anggaran
  • 1 senduk minyak masak
  • 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 6 batang sayur bendi
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk tumbuk halus:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan untuk rempah tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 tangkai daun kari


Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
  3. Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. 
  4. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. 
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
  7. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan


Selamat Mencuba !

Khamis, 10 Disember 2015

Resepi Sotong Celup Tepung Ranggup


Bahan-bahan:

  • 4 ekor sotong (saiz besar)
  • Minyak untuk menggoreng


Bahan Celup Tepung

  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 cawan kecil tepung gandum
  • 1/2 cawan kecil tepung jagung
  • 1/3 sudu paste garam kunyit atau garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
  • Sebiji telur dipukul sedikit
  • Serbuk lada putih secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukup rasa

Cara-caranya

  • Campur dan gaulkan semua bahan celup tepung
  • Celupkan sotong dan goreng ketika minyak cukup panas

Sedap dimakan panas-panas

Selamat Mencuba !