Memaparkan catatan dengan label Ikan Siakap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ikan Siakap. Papar semua catatan

Selasa, 13 September 2016

Resepi Siakap Kukus Ala Nyonya


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap sederhana (boleh tukar ikan siakap, ikan kerapu, ikan bawal)
  • 1 biji tomato
  • 5-6 kacang bendi
  • 2 cm halia

Untuk kukus dgn ikan nanti (tumbuk):

  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 minyak masak
  • 1/2 sudu sos tiram
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam

Untuk blend dan tumis :

  • 5-6 biji cili merah
  • 3-4 biji cili padi (optional-kalau nak pedas lah)
  • 1cm kunyit hidup2
  • batang serai
  • minyak setengah sudu kecil
  • air sikit untuk blend
  • 3 biji bwg kecil merah2 biji bwg putih
  • secubit belacan (atau takyah masuk pun still ok)

Cara-Caranya:

  1. Ikan bersihkan, toskan. Lumur dengan bwg putih+halia tumbuk +sos tiram and garam kan sekali. 
  2. Letak minyak sikit and kukus for 10 minit api sederhana. Jgn over cook nanti daging ikan kental tak sedap. Biar lembut2 baru stim.
  3. Masukkan minyak and tumis semua bahan blender. Minyak biar banyak sikit takpe, baru sedap nak tumis. 
  4. Naik bau, baru masak air asam jawa, bendi and kantan. dah dlm 2-3 minit baru masukkan tomato. Seasonkan. Rasa masam, manis dan pedas. INGAT! dah masuk garam kat ikan tadi masa kukus kan, so letak sket2 garam kat kuah ni supaya tak terlebih masinnya. 
  5. Dah sedap and nampak bendi dah lembut sket baru tutup. Kalau nak sedap lagi, air stim ikan tadi, masukkan dalam tumisan ni and gaul je skali.
  6. Masukkan ikan dalam pinggan, tuang kuah... Enjoy your meal!

Selamat mencuba!

Rabu, 11 Mei 2016

Resepi Siakap Stim Asam Boi


Bahan-Bahan:


  • 1 ekor siakap, bersihkan
  • 5 biji asam boi
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 inci halia, potong halus seperti batang mancis
  • 1/2 batang karot, potong halus seperti batang mancis
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 biji kimau nipis
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji tomato, potong 4
  • 4-5 tangkai daun ketumbar


Cara Penyediaan:


  1. Letak ikan di atas loyang, atau dulang tahan panas.
  2. Tabur hirisan bawang putih, bawang merah, halia, asam boi dan karot.
  3. Tuang bancuhan air tepung jagung, sos ikan Thai dan perahan jus limau nipis.
  4. Tabur garam sedikit gula. Kukus selama 15 minit.
  5. Selepas 15 minit, buka kukusan dan tabur daun ketumbar bersama tomato. 
  6. Sambung kukus selama 5 minit.
  7. Angkat dan hidangkan.


Selamat Mencuba !

Khamis, 17 Disember 2015

Resepi Ikan Siakap Stim Limau


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji buah tomato
  • 3 batang serai
  • 2 biji cili besar
  • 4-5 biji cili padi
  • 5-6 biji limau kasturi
  • 3 biji asam boi
  • Daun saderi
  • 3cm halia
  • Garam secukup rasa
  • Sos Tiram
  • Sedikit Tepung jagung


Cara-cara:

1. Perapkan ikan siakap dengan sedikit air limau selama 15 minit.. Kemudian perap pula dengan sos tiram selama 15 minit.
2. Hiris halia, sebatang serai, cili besar, cili api, halia. 2 batang serai diketuk
3. Sedikit bahan hirisan dilumur dan dimasukkan kedalam perut ikan
4. Masukkan ikan, bahan yg telah dihiris dan serai yg telah diketuk ke dlm pemanggang seperti gambar dibawah
5. Hidupkan api sederhana dan masak untuk 5 minit
6. Tambahkan air mengikut kesesuai/kepekatan yang anda mahu. Tambahkan juga air limau kasturi yang telah diperah.
7. Masukkan sedikit air bancuhan tepubg jagung untuk likat
8. Masukkan daun saderi, asam boi dan tomato.
9. Kukus sehingga 20-25 minit.

Nota: Masakan ini dimasak menggunakan pemanggang ajaib

Selamat Mencuba