Memaparkan catatan dengan label Dalca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dalca. Papar semua catatan

Isnin, 19 September 2016

Resepi Dalca Ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam potong kecil
  • 1/2 kg santan
  • 2 biji kentang - dipotong dadu
  • 1 batang lobak merah - dipotong baji
  • 7 btg kacang panjang dipotong memanjang
  • 2 biji terung bulat didadu
  • 6 btg bendi dipotong memanjang
  • 1 cawan kacang dhal, rebus 10 minit.
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 2 biji cili hijau - dibelah dua setiap biji
  • 1 keping asam gelugor
  • 4 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudubesar cili blend
  • Garam + gula dan serbuk perasa

Bahan Kisar:

  • 3 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup

Bahan Tumis:

  • 3 tangkai daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara-caranya:

  1. Tumis bahan tumis dan tumis hingga harum, kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari daging. Tumis hingga naik minyak .
  2. Masukkan ayam dan gaul rata.
  3. Masukkan kentang dan karrot dan tambah 1 liter air kedlm.
  4. Kemudian masukkan santan dan asam gelugor biar mendidih..
  5. Kemudian masukkan semua jenis sayur dan kacang dhal, kecuali tomato.
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika suka).
  7. Bila mendidih, masukkan tomato+cili hijau tadi dan biar masak 2 - 3 minit. Rasa kuahnya dan matikan api.

Selamat Mencuba !