Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan

Rabu, 18 Mei 2016

Resepi Roti Telur Ringkas


Bahan-bahannya:

  • 2 butir Telur Ayam.
  • 1/2 cawan susu (kotak susu full cream).
  • 1/4 sudu kecil atau 2-3 titis esin Vanilla.
  • 4 keping roti.
  • sedikit gula untuk ditabur di atas atau satu sudu besar madu.


Cara-caranya:

  1. Dalam sebuah bekas masukkan telur dan susu. Pukul rata dengan gunakan garphu. Dalam pada itu panaskan kuali leper dengan api dapur yang kecil.
  2. Celurkan di kedua-dua permukaan roti dengan campuran susu-telur yang telah disediakan. Gantungkan kepingan roti yang telah dicelur dengan telur yang berlebihan dengan cucuk garpu pada kepingan roti tersebut.
  3. Sebelum masukan roti kedalam kuali leper, masukkan 1 sudu kecil mentega atau majerin n ke dalam kuali.
  4. Masukkan roti dan bakar kedua-dua bahagian sehingga warna keperangan yang anda kehendaki.
  5. Setelah masak keluarkan dari dapur dan hidangkan dengan disapu madu atau gula halus di atas kepingan tadi. Selamat mencuba.


Selamat mencuba ! :)

Selasa, 19 Januari 2016

Resepi Roti Sarang Lebah


Bahan-Bahan

Bahan untuk doh roti:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 sudu kecil serbuk yis
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula halus atau gula kastor
  • 1/4 cawan plain yogurt
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan air suam


Bahan untuk taburan/hiasan:

  • 1 biji kuning telur dicampur 1 sudu kecil air, untuk disapu
  • sedikit sliced almond
  • bijan hitam
  • biji labu atau biji bunga matahari


Bahan untuk sos butterscotch:

  • 25 gram butter
  • 1/2 cawan gula perang atau brown sugar
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanila


Cara Penyediaan:
Cara untuk Roti:

  1. Campurkan tepung gandum, serbuk yis, baking powder, gula halus dan gaulkan sebati. Kemudian masukkan garam. Sebab kenapa garam dimasukkan kemudian adalah kerana yis tidak boleh bersentuhan dengan garam, boleh mengakibatkan yis rosak.
  2. Tuang yoghurt, minyak dan air suam, kemudian kacau dan uli sehingga lembut dan sebati. Doh ini agak lembik, jangan cuba untk menambah tepung. Cukup sekadar sedikit taburan tepung supaya doh tidak melekat di tangan. Uli selama 5-10 minit.
  3. Jika anda gunakan breadmaker, sila ikut arahan aturan bahan mengikut breadmaker anda.
  4. Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda. Keluarkan doh dan tumbuk2 keluar gelembung udara. Bahagikan doh kepada 12 atau 16 bahagian atau ikut kesukaan anda. Bulatkan doh dan susun di atas baking tray. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan bahan taburan.
  5. Panaskan oven kepada 160 darjah celcius, bakar selama lebih kurang 20-25 minit, atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan. Tuang sos butterscotch di atas roti sebelum dihidang.


Cara untuk sos butterscotch:

  1. Di atas api yang perlahan, panaskan mentega dan gula perang, kacau seketika. Masukkan pula whipping cream, garam dan esen vanilla. Kacau sehingga sos pekat sebati. Tidak perlu terlalu lama.