Memaparkan catatan dengan label Popia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Popia. Papar semua catatan

Khamis, 2 Jun 2016

Resepi Popia Mini Udang Kering Rangup


Bahan-Bahan:


  • 300 gram udang kering
  • bawah merah (ikut suka) ditumbuk
  • serbuk cili kering (ikut suka)
  • air asam jawa (ikut suka)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam, gula (lebihkan) & serbuk perasa (secukup rasa)
  • Kulit popia


Cara Membuat:


  1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus.
  2. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.
  3. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul hingga udang agak kering.
  4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.
  5. Cara membungkus popia; Kulit popia dipotong segi 4 dan bungkus macam popia biasa. Atas potong segi empat panjang, isi udang ditengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali.
  6. Goreng menggunakan minyak yang banyak dengan api yang sederhana. Kalau bungkus cara popia biasa, masa menggoreng, gunakan api yang perlahan.


Tip: Tutup kulit popia yang belum dibungkus dengan kain untuk elakkan kulit popia jadi keras.

Selamat Mencuba !

Selasa, 31 Mei 2016

Resepi Popia Salad Kuah Kacang


Bahan Salad:

  • 50 gram sengkuang, dipotong-potong
  • 100 gram jeruk sawi, diiris-iris
  • 120 gram timun, dipotong halus
  • 50 gram lobak merah, diiris-iris, direbus sekejap
  • 50 gram tauge, dibersihkan
  • 100 gram tahu putih, dipotong kotak 1 cm, dikukus
  • 12 lembar kulit popia untuk pembungkus
  • 2 putih telur untuk perekat
  • sedikit minyak goreng untuk menggoreng


Bahan Kuah Kacang:

  • 600 ml air
  • 100 gram gula merah, dikikis halus
  • 50 gram gula pasir
  • 5 biji cili kering keriting
  • 2 biji lada besar merah
  • 150 gram kacang tanah tanpa kulit, digoreng, dihaluskan hangat-hangat
  • 5 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam


Cara-caranya:

  1. Sos, rebus gula merah, gula pasir, cili kering keriting, lada besar merah, dan air dengan api kecil sahaja. Didihkan.
  2. Tambahkan kacang tanah. Kacau sehingga rata. Panaskan di atas api sederhana sehingga mendidih. Dinginkan.
  3. Ambil selembar kulit lumpia. Taburkan bahan salad di atas kulit lumpia.
  4. Lipat bagian sisi kanan dan kiri. Gulung diameter 5 cm. Lekatkan dengan putih telur
  5. Goreng di dalam minyak goreng yang sudah dipanaskan hingga keperangan.
  6. Sajikan bersama kuah kacang.


Selamat mencuba !