Memaparkan catatan dengan label Puding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puding. Papar semua catatan

Rabu, 12 Oktober 2016

Resepi Puding Koktel Kastard Aiskrim Vanilla


Bahan-bahan


  • 1 paket agar-agar strip (30 gram)
  • 6 cawan air
  • 1 � cawan gula
  • 4 sudu besar aiskrim vanilla
  • 1 tin buah-buahan koktel (500 gram)
*Asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar.

Bahan-bahan dikisar

(menggunakan pengisar)
  • 1 tin susu sejat Carnation
  • Air buah-buahan koktel
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji telur
  • � sudu kecil vanilla
*Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.

Cara-caranya:

  1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.
  2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental.
  4. Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana bimbang adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.
  5. Sejurus sebelum diangkat, campurkan aiskrim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut.
  6. Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).
  7. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.
  8. Setelah itu, tuangkan � adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis.
  9. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalaman. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan.

Selamat mencuba.

Isnin, 23 Mei 2016

Resepi Puding Laici


Bahan-bahan:

  • 1 paket agar-agar tali 28gm
  • 2 tin laici asingkan air dan buahnya - resepi gunakan 1 tin sahaja
Buah laici - yang di asingkan
Air laici - yang diasingkan
  • 2 cawan gula
  • 2 liter air
  • 1 tin susu cair - 400ml boleh gantikan dengan susu segar


Cara-caranya:

  1. Basuh bersih-bersih agar-agar, toskan. Masak agar-agar bersama-sama 2 liter air sehingga larut kesemuanya dan mendidih.
  2. Masukkan gula hanya bila semua agar-agar tadi telah larut. Biar mendidih lagi.
  3. Tutup api. Masukkan air laici.
  4. Masukkan pula susu cair.
  5. Kacau rata dan tapiskan untuk mendapat agar-agar yang halus.
  6. Potong laici kecil-kecil dan masukkan ke dasar bekas.
  7. Masukkan agar-agar ke dalam bekas, sejukkan pada suhu bilik kemudian masukkan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.


Selamat mencuba !

Selasa, 10 Mei 2016

Resepi Puding Coklat Caramel


Bahan-bahan:


Bahan A
  • � cawan gula-buatkan caramel


Bahan B
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • Hiasan-buah laici dalam tin


Cara-caranya


  1. Gaulkan semua bahan B dan tapiskan dalam loyang yang berisi caramel.
  2. Kukuskan selama 30 minit dengan api sederhana.
  3. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan besar.
  4. Hiaskan dengan buah laici atau sebarang buah koktel.


Selamat Mencuba !