Selasa, 26 April 2016

Resepi Agar-agar Kastad Jelly


Bahan-bahan:

  • 500ml air
  • 220g gula pasir
  • 1tin susu cair
  • 3 sb (rata) tepung kastad + bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1 paket (11 g) serbuk agar-agar
  • 2 paket sumi jelly (dibelah dua)


Cara-cara:

1.Dalam periuk masukkan air,gula,susu cair .Masak hingga mendidih.
2.Kemudian masukkan bancuhan tepung kastad,kacau seketika dan masukkan serbuk agar-agar.
3.Masak hingga mendidih dan pekat.Tapiskan ke dalam loyang.
4.Tunggu sehingga suam barulah dimasukkan jelly tadi (kalau masuk panas-panas jelly akan cair), susun jelly ikut kreativiti.
5.Sejukkan dalam peti ais baru sedap dimakan.

Mudah Sahaja, Selamat Mencuba !

Isnin, 25 April 2016

Resepi Sambal Udang Belimbing Buluh


Bahan-bahannya :


  • 300grm udang dibuang kulit
  • 1 labu bwg bsr
  • 4 ulas bwg putih
  • 10 tangkai cili kering (direndam air panas)
  • 3 biji belimbing buluh (dihiris nipis)
  • Sedikit belacan
  • Garam,gula dn perasa
  • 1/2 labu bwg bsr dihiris


Cara-caranya :


  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan kemudian tumis sehingga sedikit garing.
  2. Kisar pula cili kering dan tumiskn bersama bawang.
  3. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa, tunggu sehingga pecah minyak
  4. Masukkan udang, masak sehingga air udang keluar dan udang masak.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan hirisan belimbing buluh, biarkan sekejap dan siap utk dihidang


Selamat mencuba !

Ahad, 24 April 2016

Resepi Kek Lobak Merah



Bahan-bahan:


  • 1 cawan walnut atau pecan (100 g) � tak letak, saya ganti dengan kismis
  • 2 1/2 cawan karot yang telah diparut ( 340 g)
  • 2 cawan tepung all purpose (260g ) � saya guna tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 1/2 baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 gula halus ( 300 g)
  • 1 cawan minyak jagung/sayuran/canola ( 240 ml)
  • 2 sudu teh vanilla essen


Untuk Frosting


  • 1/4 cawan butter ( 57 g)
  • 8 oz cream cheese ( 270 g)
  • 2 cawan gula halus ( 230 g )
  • 1 sudu teh vanilla essen
  • 1 sudu teh kulit lemon yang telah diparut


Cara penyediaan:

1. Bakar kacang walnut selama 8 minit hingga perang dan wangi.
2. Dalam sebuah bekas satukan dan ayak tepung, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis serta garam. Ketepikan dulu.
3. Pukul telur hingga sebati ( 1 minit). Masukkan gula dan pukul ( 3-4 minit) lagi.
4. Masukan minyak jagung dan essen vanilla. Pukul sebati.
5. Masukan tepung yang telah diayak tadi. kacau perlahan2.
6. Dengan menggunakan spatula atau senduk kayu masukkan karot yang telah di parut serta walnut.
8. Kacau hingga rata. Bila telah rata bahagikan 2 bahagian dan bakar selama 25-30 minit.
9. Sejukkan dahulu barulah di hiaskan serta dilapiskan dengan topping/ frosting.

** cara no 2, bakar semua adunan selama 40 minit kemudian bila telah sejuk belah dua ( melintang). Setelah di potong lapiskan dengan frosting.

Cara penyediaan frosting

1. Pukul cream cheese dengan butter hingga ringan dan sebati.
2. Kemudian masukan gula, pukul hingga sebati dan rata.
3. Masukkan vanilla dan kulit lemon. Gaul rata. Bolehlah digunakan sebagai frosting.

Selamat Mencuba!

Rabu, 20 April 2016

Resepi Black Forest Kukus


Perkongsian dari Respi Malaya hari ini ialah, resepi Kek Black Forest Kukus

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 120g gula pasir
  • 100g tepung gandum
  • 20g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 25g mentega, cairkan
  • 3 sudu besar air


Cara-caranya:

  1. Pukul telur,garam,dan gula pasir sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung s-fine, serbuk koko, serbuk penaik sambil diayak & dikacau rata.
  3. Masukkan mentega cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan.
  4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
  5. Bila kek sudah masak,biarkan sejuk sepenuhnya.


p/s: bagi untuk mencantikkan kek ini...parutkan dark coklat secara nipis2..kemudian taburkan diatasnya ...
-boleh dilapis dengan buttercream putih atau dibiar begitu sahaja

Selamat Mencuba !

Selasa, 19 April 2016

Resepi Udang Lemak Cili Api dengan Cendawan


Perkongsian dari Resepi Malaya hari ini ialah, Udang Lemak Cili Api dgn Cendawan

Bahan-bahan

  • 500gm udang
  • 1 mangkuk besar cendawan
  • 3 batang serai - di titik
  • 3 inci kunyit hidup - di tumbuk atau dikisar
  • 15 tangkai cili padi - di tumbuk atau di kisar
  • 3 ulas bawang merah - di tumbuk atau di kisar
  • 1 ulas bawang putih -di tumbuk atau di kisar
  • 400 ml santan pekat
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 keping besar asam keping
  • 300 ml air
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu teh gula


Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak sadu sudu besar
  2. Tumiskan serai...
  3. Masukkan bahan yang di kisar atau di tumbuk halus tadi
  4. Tumis hingga harum dan terbit minyak
  5. Tuangkan santan dan air, masak hingga didih sambil di kacau supaya santan tidak pecah minyak.. Jangan ditinggal, mesti sentiasa di kacau, Takut nanti santan jadi berketul2 dibahagian atas..masukkan asam keping.,
  6. Masukkan udang serta cendawan dan kacau hingga sebati..
  7. Tambah garam, gula secukup rasa



Selamat Mencuba !

Isnin, 18 April 2016

Resepi Acar Kuning (Ala Indonesia)


Bahan-bahan:

  • 250 gram timun dibuang biji dan potong-potong
  • 250 gram carrot dikupas kulit dan potong-potong
  • 350 ml air
  • 7 butir bawang merah atau sesuai selera dikupas kulit
  • 8 biji cili merah
  • 1/2 sudu garam
  • 1/2 sudu kiub ayam atau penyedap sesuai selera
  • 1 sudu cuka
  • 1/2 sudu gula pasir
  • 3 sudu minyak tumis


Haluskan :

  • 10 cm kunyit
  • 4 butir kas kas
  • 2 labu bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 butir bawang merah


Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak lalu tumis bumbu halus serta aduk-aduk hingga harum. selanjutnya tuangkan air, garam, kaldu bubuk, gula pasir dan cuka kemudian aduk rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan semua bahan yang sebaiknya sudah dicuci bersih terlebih dahulu. Kacau hingga hingga rata dan masak sebentar saja supaya cita rasanya lebih segar, tetapi bila ingin lembek bisa dimasak hingga matang sehingga disesuaikan selera saja.
  3. Matikan api lalu angkat dan siap untuk disajikan.

Selamat Mencuba !

Resepi Ayam BBQ Madu


Bahan-bahan


  • 1 kilo ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar serbuk jintan kasar (jintan manis)
  • 1 sudu besar serbuk jintan halus (jintan putih)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 sudu besar madu (kalau takde boleh ganti dgn gula tapi rasanya tak sesedap madu)
  • 1 sudu besar kicap pekat (kalau takde kicap biasa pun ok!)
  • garam secukup rasa

** bahan-bahan ini untuk anggaran 1 kilo ayam bukan sekor ayam.

Cara-caranya

1. Mulakan dengan basuh dan cuci daging ayam dan rendam sekejap dengan limau nipis sikit untuk kurang bau hanyir ayam. **Jangan lupa kelarkan isi daging ayam tue supaya bila perap daging ayam dengan rempah akan mudah lagi rempah menyerap sehingga ke tulang ayam.
2. Biarkan seketika daging ayam dengan toskan ke dalam bakul.
3. Sekarang siapkan pula untuk rempah BBQ ye. Ok masukkan bahan-bahan rempah dan yang lain kesemuanya ke dalam dalam blender dan blend sehingga sebati.
4. Dah siap blend rempah dan ayam pun dah kering dari air. Kita gaulkan daging bersama rempah yang dah diblend. Gaulkan sehingga sebati antara rempah BBQ dan daging ayam.
5. Tutup dan simpankan atau perap dalam peti sejuk selama semalam untuk rasa yang lebih sedap.
6. Selepas perap boleh mula bakar ayam BBQ madu ni.

**tips amik 2 batang serai hidup, ikatkan dan tumbuk2 hujungnya. Campurkan sedikit minyak bersama rempah BBQ madu ke dalam mangkuk kecil. Sambil2 bakar boleh sapu daging ayam tue dengan guna hujung serai yang dah ditumbuk celup dalam minyak+rempah.

Selamat Mencuba