Selasa, 10 Mei 2016

Resepi Puding Coklat Caramel


Bahan-bahan:


Bahan A
  • � cawan gula-buatkan caramel


Bahan B
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • Hiasan-buah laici dalam tin


Cara-caranya


  1. Gaulkan semua bahan B dan tapiskan dalam loyang yang berisi caramel.
  2. Kukuskan selama 30 minit dengan api sederhana.
  3. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan besar.
  4. Hiaskan dengan buah laici atau sebarang buah koktel.


Selamat Mencuba !

Khamis, 5 Mei 2016

Resepi Kuih Dangai


Bahan-bahan:

  • 3 mangkuk kelapa parut putih
  • 1 mangkuk tepung pulut
  • 1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
  • 1/2 camt garam halus


Cara-cara Membuatnya:

  1. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan
  2. Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa.
  3. Perasakan dengan garam dan gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
  4. Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
  5. Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
  6. Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.
  7. Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata, ianya tidak perlu ditekan.
  8. Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan.


Selamat Mencuba !!

Isnin, 2 Mei 2016

Resepi Kuey Teow Goreng Basah


Bahan-bahan :

  • 1 bungkus kuew teow
  • 1 biji bawang besar dan 3 ulas bwg putih ditumbuk
  • 2 sudu cili mesin
  • 10 ekor udang
  • 1 cawan tauge
  • 4 pokok kucai, potong 2 in
  • sedikit kicap
  • 3 bj telur
  • 3 cawan air


Cara-caranya:

  1. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang hingga wangi.
  2. Masukkan cili mesin dan masak sehingga garing.
  3. Masukkan perencah, kacau sebentar dan masukkan air.
  4. Tambah sedikit kicap dan garam secukup rasa.
  5. Kuatkan api dapur dan masukkan kuew teow dan tauge.
  6. Tunggu sehingga kuah mendidih baru masukkan telur dan terus tutup api.


Selamat Mencuba!

Khamis, 28 April 2016

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin


Perkongsian resepi hari ini adalah, Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan-Bahan:


  • 2 cawan nasi putih sejuk
  • 1/2 cawan isi ayam dipotong dadu
  • 2 potong ikan masin tenggiri
  • 2 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 3 tangkai cili padi diketuk (tambah kalau suka pedas)
  • 1 tangkai cili merah dihiris serong
  • 1 tangkai kailan dipotong 1 sm panjang (Batangnya dihiris nipis)
  • sedikit lobak merah dihiris halus
  • 2 biji telur
  • sedikit garam jika perlu, serbuk lada putih secukupnya dan minyak untuk menumis


Cara-caranya:


  1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng ikan masin hingga separa garing. Angkat dan hancurkan. Ketepikan dulu.
  2. Dalam kuali yang sama goreng isi ayam hingga kekuningan dan wangi.
  3. Masukkan bawang, cili padi dan cili merah. Tumis hingga wangi.
  4. Masukkan 1/4 cawan air rebusan ayam/ kulit udang.
  5. Masukkan kailan dan karot. Kacau seketika. Masukkan telur. Kacau sedikit dan terus masukkan nasi.
  6. Masukkan ikan masin yang telah dihancurkan tadi. Gaul dan rasa.
  7. Tambahkan serbuk lada dan garam jika perlu.
  8. Kacau nasi hingga sebati dan garing. Tutup api dan sedia dinikmati.


Selamat Mencuba !

Rabu, 27 April 2016

Resepi Wantan


Bahan-bahan:


  • 250gm tepung gandum
  • 80gm tpg ubi/tepung jagung
  • 210-220ml air panas air
  • Sedikit garam
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak


Cara membuat adunan doh:


  1. Satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam dan juga minyak masak dalam satu bekas.
  2. Kemudian masukkan air panas , sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
  3. Uli hingga sebati kemudian biarkan sebentar selama 20 minit dalam bekas tertutup supaya doh tak keras.


Bahan-bahan inti:


  • 2 keping dada ayam
  • 12 ekor udang dibuang kulit
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 biji lobak (dipotong dadu kecil)
  • Sedikit daun bawang (dipotong halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus/ditumbuk halus)
  • Garam
  • Gula
  • 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 2 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Sedikit lada sulah/lada hitam
  • Lada besar (dipotong kecil-kecil)
  • Sebiji telur ayam (dipukul dahulu)


Cara membuat:


  1. Kisar ayam dan udang yang telah dibuang kulitnya hingga hancur.
  2. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa.
  3. Masukkan telor , lada sulah , minyak bijan, sos tiram dan semua sayur-sayuran dan kacau seketika.

Cara membuat wantan:


  1. Panaskan periuk pengukus.
  2. Tabur tepung jagung atas papan pencanai.
  3. Uli doh dan buat bentuk mengikut citarasa (boleh juga menggunakan penekap karipap).
  4. Lapik wantan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada periuk kukusan.
  5. Kukus wantan selama 5-10 minit.


Resepi wantan ini boleh dimakan: sama ada dimasak bersama sup atau digoreng garing dan dicicah bersama sos cili atau thai.

Selamat Mencuba !

Selasa, 26 April 2016

Resepi Agar-agar Kastad Jelly


Bahan-bahan:

  • 500ml air
  • 220g gula pasir
  • 1tin susu cair
  • 3 sb (rata) tepung kastad + bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1 paket (11 g) serbuk agar-agar
  • 2 paket sumi jelly (dibelah dua)


Cara-cara:

1.Dalam periuk masukkan air,gula,susu cair .Masak hingga mendidih.
2.Kemudian masukkan bancuhan tepung kastad,kacau seketika dan masukkan serbuk agar-agar.
3.Masak hingga mendidih dan pekat.Tapiskan ke dalam loyang.
4.Tunggu sehingga suam barulah dimasukkan jelly tadi (kalau masuk panas-panas jelly akan cair), susun jelly ikut kreativiti.
5.Sejukkan dalam peti ais baru sedap dimakan.

Mudah Sahaja, Selamat Mencuba !

Isnin, 25 April 2016

Resepi Sambal Udang Belimbing Buluh


Bahan-bahannya :


  • 300grm udang dibuang kulit
  • 1 labu bwg bsr
  • 4 ulas bwg putih
  • 10 tangkai cili kering (direndam air panas)
  • 3 biji belimbing buluh (dihiris nipis)
  • Sedikit belacan
  • Garam,gula dn perasa
  • 1/2 labu bwg bsr dihiris


Cara-caranya :


  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan kemudian tumis sehingga sedikit garing.
  2. Kisar pula cili kering dan tumiskn bersama bawang.
  3. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa, tunggu sehingga pecah minyak
  4. Masukkan udang, masak sehingga air udang keluar dan udang masak.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan hirisan belimbing buluh, biarkan sekejap dan siap utk dihidang


Selamat mencuba !