Isnin, 16 Mei 2016

Resepi Pavlova Malaya


Bahan-bahan

  • 4 biji putih telur
  • 1 1/2 cawan gula kastor (kalau tak nak manis boleh guna 1 cawan)
  • 1 sudu teh cuka makan
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan tepung jagung

Cara Membuatnya

  1. Panaskan oven dengan suhu 120 C.
  2. Pukul putih telur sampai jadi bertanduk sambil di masukkan gula sedikit demi sedikit.(pukul in high speed).
  3. Bila dah bertanduk (bila di terbalikkan bekas adunan tak jatuh) masukkan bolehlah dimasukkan cuka, pukul lagi, masukkan pula essen vanilla dan akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau lagi sehingga rata.
  4. Pukullah adunan itu sehingga nampak glossy.
  5. Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak dan bentukkan menjadi bulatan dan letakkan adunan telur dalam bulatan.
  6. Masukkan kat dalam oven dan dibakar selama 1 jam setengah (1 1/2 jam) pada suhu 120'C atau sehingga berwarna coklet susu.

Tips

  • Pastikan bekas adunan untuk kembangkan gula dan white eggs adalah bersih. Jika tidak, adunan tersebut tidak kembang.
  • Pastikan Pavlova sejuk sepenuhnya didalam oven sebelum dikeluarkan.
  • Kalau nak bubuh buah oren, strawberi, anggur, blueberry (buah-buahan yang masam) pun boleh sebab nak imbangkan rasa manis pavlova ini.

Krim

  • Saya pakai whipping cream non diary, senang. 
  • Pastikan krim dalam keadaan fridge baru putar sampai berat,licin dan bertanduk.

Sabtu, 14 Mei 2016

Resepi Kuih Kaswi


Kuih Kaswi turut dikenali disesetengah tempat sebagai Kuih Lompag. Resepi ini, untuk sukatan loyang bersaiz 10� x 10�. Boleh guna acuan bentuk lain selain loyang.

Bahan bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 keping gula Melaka - guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
  • 1 cawan gula pasir - tambah dalam 1 sudu besar
  • 7 cawan air
  • 1 sudu kecil kapur � bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:

  • Kelapa parut muda
  • Sedikit garam

Cara cara:

  1. Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat.
  2. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.
  4. Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata.
  5. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.
  6. Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci.
  7. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam.
  8. Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala.
  9. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.
  10. Setelah betul betul sejuk, baru dipotong.
  11. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

Selamat Mencuba !

Khamis, 12 Mei 2016

Resepi Bubur Lambuk


Ramadhan bakal menjelang tidak lama lagi. Ramai yang teringin untuk mencari bubur lambuk. Kini anda boleh membuatnya sendiri dirumah.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras
  • 5 6 ekor ikan selayang/kembung
  • 2 ketul isi ayam dipotong dadu
  • 3 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 ikat pucuk midin/paku merah (lagi banyak lagi sedap)
  • 2 tangkai daun kaduk
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya


Cara-cara

  1. Potong semua sayuran, bersihkan dan toskan.
  2. Kisar/tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam.
  3. Rebus ikan dalam periuk sehingga masak dan kemudian sejukkan.
  4. Asingkan isi ikan daripada tulang.Tumbuk/kisar isi ikan skali dgn bawang supaya hancur.
  5. Bersihkan beras, masukkan beras ke dalam periuk bersama-sama air dan masak sehingga menjadi bubur.
  6. Masukkan santan,bahan kisar,isi ayam,garam,gula secukup rasa..
  7. Masukkan sayuran.
  8. Biar hingga mendidih, dan siap untuk dihidang..
  9. Boleh dimakan bersama ikan bilis n bawang goreng..klu nk lg pedas boleh taruk cili padi.

Selamat Mencuba !

Rabu, 11 Mei 2016

Resepi Siakap Stim Asam Boi


Bahan-Bahan:


  • 1 ekor siakap, bersihkan
  • 5 biji asam boi
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 3 biji bawang merah, hiris nipis
  • 2 inci halia, potong halus seperti batang mancis
  • 1/2 batang karot, potong halus seperti batang mancis
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 biji kimau nipis
  • 1/2 cawan air
  • 1 biji tomato, potong 4
  • 4-5 tangkai daun ketumbar


Cara Penyediaan:


  1. Letak ikan di atas loyang, atau dulang tahan panas.
  2. Tabur hirisan bawang putih, bawang merah, halia, asam boi dan karot.
  3. Tuang bancuhan air tepung jagung, sos ikan Thai dan perahan jus limau nipis.
  4. Tabur garam sedikit gula. Kukus selama 15 minit.
  5. Selepas 15 minit, buka kukusan dan tabur daun ketumbar bersama tomato. 
  6. Sambung kukus selama 5 minit.
  7. Angkat dan hidangkan.


Selamat Mencuba !

Selasa, 10 Mei 2016

Resepi Puding Coklat Caramel


Bahan-bahan:


Bahan A
  • � cawan gula-buatkan caramel


Bahan B
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • Hiasan-buah laici dalam tin


Cara-caranya


  1. Gaulkan semua bahan B dan tapiskan dalam loyang yang berisi caramel.
  2. Kukuskan selama 30 minit dengan api sederhana.
  3. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan besar.
  4. Hiaskan dengan buah laici atau sebarang buah koktel.


Selamat Mencuba !

Khamis, 5 Mei 2016

Resepi Kuih Dangai


Bahan-bahan:

  • 3 mangkuk kelapa parut putih
  • 1 mangkuk tepung pulut
  • 1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
  • 1/2 camt garam halus


Cara-cara Membuatnya:

  1. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan
  2. Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa.
  3. Perasakan dengan garam dan gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
  4. Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
  5. Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
  6. Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.
  7. Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata, ianya tidak perlu ditekan.
  8. Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan.


Selamat Mencuba !!

Isnin, 2 Mei 2016

Resepi Kuey Teow Goreng Basah


Bahan-bahan :

  • 1 bungkus kuew teow
  • 1 biji bawang besar dan 3 ulas bwg putih ditumbuk
  • 2 sudu cili mesin
  • 10 ekor udang
  • 1 cawan tauge
  • 4 pokok kucai, potong 2 in
  • sedikit kicap
  • 3 bj telur
  • 3 cawan air


Cara-caranya:

  1. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang hingga wangi.
  2. Masukkan cili mesin dan masak sehingga garing.
  3. Masukkan perencah, kacau sebentar dan masukkan air.
  4. Tambah sedikit kicap dan garam secukup rasa.
  5. Kuatkan api dapur dan masukkan kuew teow dan tauge.
  6. Tunggu sehingga kuah mendidih baru masukkan telur dan terus tutup api.


Selamat Mencuba!