Ahad, 29 Mei 2016

Resepi Kek Coklat Lembap


Bahan-bahan:

  • 240gm tepung naik sendiri
  • 360gm gula
  • 480gm mentega
  • 5 biji telur
  • 120gm serbuk koko | dibancuh dengan air panas sehingga pekat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu makan pes vanila
  • 1 sudu makan mentega pes vanila
  • 60gm krim whipping
  • 250gm coklat masakan | untuk hiasan
  • 150gm badam cincang | untuk hiasan

Cara-caranya:

  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila dan gaul rata.
  4. Masukkan pes vanila, mentega pes vanila dan juga tepung. Gaul adunan sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan bancuhan serbuk koko dan gaulkan rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180�C selama 45 minit.
  7. Setelah masak, sapukan kek dengan coklat masakan yang dicairkan (double boiler) dan gaulkan bersama campuran krim whipping, mentega pes vanila dan juga esen vanila.
  8. Hiaskan dengan badam cincang.

Selamat Mencuba !

Jumaat, 27 Mei 2016

Resepi Telur Pindang

Bahan-bahan

  • 10 butir telur
  • 10 helai daun jambu
  • 3 helai daun jati
  • 50 gram kulit bawang merah
  • 2 cm lengkuas diketuk
  • 3 helai daun salam
  • 50 gram gula merah
  • 1 sendok makan garam
  • 2.000 ml air


Cara-caranya:

  1. Letakkan separuh dari bahan-bahan ke dasar periuk.
  2. Susun telur dan tutupi telur dengan separuh lagi bahan bahan daun
  3. Rebus dengan api perlahan selama 3 jam. 
  4. Tambahkan air jika perlu.


# terdapat banyak versi telur pindang.
# ini cuma guildline penghasilan telur pindang yang mudah
# Terdapat juga lain lain daun yang digunakan untuk memasak telur pindang seperti senduduk dan serai serta rempah ratus yang lain.
# Lain tempat resepi telur pindang juga berbeza.
# Telur pindang memerlukan masa yang lama untuk direbus, ada yang memakan masa selama 3 hari untk hasil terbaik.

Selamat Mencuba !

Rabu, 25 Mei 2016

Resepi Manggo Crepe


Bahan-bahan:


  • 3 sudu besar tepung Hong Kong
  • 3 sudu besar tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar tepung ubi kayu
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kentang
  • 2 sudu besar tepung Super Fine
  • 2 sudu besar gula icing
  • 2 biji telur - buang tali pusat
  • 1/2 tin susu cair - boleh juga gunakan santan kelapa
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 3 sudu besar mentega yang dicairkan
  • 2 cawan air
  • 3 helai daun pandan - boleh juga gunakan 1 sudu teh essen vanilla
  • sedikit pewarna hijau & kuning


Cara-caranya:


  1. Satukan semua bahan dan kacau sebati dengan menggunakan whisker.
  2. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Keluarkan dan kacau rata.
  3. Panaskan sebentar kuali non-stick menggunakan api paling perlahan.
  4. Masukkan adunan ke dalam kuali dan lenggangkan kuali supaya adunan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak.
  5. Tidak perlu terbalikkan crepe sewaktu mengangkat dari kuali.
  6. Ulangi sehingga adunan habis dan biarkan crepe sejuk sebentar.
  7. Hancurkan manga manis yang telah masak ranum. Guna blender pon boleh. Tapi tambah dengan mangga yang dipotong kecil-kecil.
  8. Pukul kembang non diary whipping cream dalam mangkuk besar sampai kental.


Cara-cara membalut crepe


  1. ambil selapis kulit crepe, letak sesudu whip cream, lapis dengan durian dan lapis lagi dengan whip cream.
  2. lipat kanan, kiri, atas dan bawah.
  3. untuk hasilkan crepe yang gebu macam bantal, tarik padat-padat..
  4. simpan dalam peti ais, ia akan siap dalam masa setengah jam..
  5. bila kita makan sejuk2 tu memang sedap..cream nye pun tak cair dan senang nak makan.


Selamat Mencuba !

Resepi Sambal Kari Udang


Bahan-bahan:

  • 1 kg udang dibuang kepala dan dibersihkan
  • 1 labu bawang besar di hiris
  • 2 tangkai lada merah di hiris
  • 4 sudu besar rempah kari
  • 1 biji tomato dipotong panjang
  • 2 kpg asam gelugor
  • 1 pokok daun bawang di potong 1 inci panjang
  • i pelepah daun kari
  • sedikit air
  • sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
  • minyak untuk menggoreng


Bahan untuk dikisar:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia


Cara-caranya:

  1. Udang digaul dengan garam dan gula. Kemudian digoreng sebentar. Angkat dan toskan.
  2. Tumis daun kari. Masukkan bahan2 yang dikisar bersama serbuk kari. Masukkan sedikit air untuk menggelakkan kari dari hangus.
  3. Apabila telah gareng, masukkan pula asam keping, garam dan gula.
  4. Masukkan udang tadi, berserta tomato dan lada merah yang telah dihiris tadi.
  5. Gaul rata dan boleh diangkat.
  6. Sedap di makan dengan nasi panas.


Selamat Mencuba

Resepi Paprik Campur

PAPRIK CAMPUR
Bahan2:
1 keping chicken breast -potong dadu
5-6 ekor udang (nak letak sotong, udang pun boleh)
sedikit sayur (bunga kobis, carrot, kacang panjang)
1 biji bawang besar � potong empat/bulat
2 batang serai
3 helai daun limau purut
2 biji bawang putih -cincang
1 biji cili merah � hiris
2 biji tomato � potong 4
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
2-3 biji cili padi
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 cawan air
3 sudu minyak masak
garam dan gula
Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kisar.
Bila garing masukkan ayam, kacau hingga masak.
Masukkan semua jenis sos kacau, serai dan daun limau purut dan dikuti sedikit air.
Masukkan udang, sotong dan sayur (semua jenis sayur, bawang dan cili).
Kacau hingga masak
Rasakan garam dan gula
Sedia untuk dihidang

Isnin, 23 Mei 2016

Resepi Puding Laici


Bahan-bahan:

  • 1 paket agar-agar tali 28gm
  • 2 tin laici asingkan air dan buahnya - resepi gunakan 1 tin sahaja
Buah laici - yang di asingkan
Air laici - yang diasingkan
  • 2 cawan gula
  • 2 liter air
  • 1 tin susu cair - 400ml boleh gantikan dengan susu segar


Cara-caranya:

  1. Basuh bersih-bersih agar-agar, toskan. Masak agar-agar bersama-sama 2 liter air sehingga larut kesemuanya dan mendidih.
  2. Masukkan gula hanya bila semua agar-agar tadi telah larut. Biar mendidih lagi.
  3. Tutup api. Masukkan air laici.
  4. Masukkan pula susu cair.
  5. Kacau rata dan tapiskan untuk mendapat agar-agar yang halus.
  6. Potong laici kecil-kecil dan masukkan ke dasar bekas.
  7. Masukkan agar-agar ke dalam bekas, sejukkan pada suhu bilik kemudian masukkan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.


Selamat mencuba !

Ahad, 22 Mei 2016

Resepi Kuih Malaya (Apam Balik)


Buat pembaca dari Brunei, Kuih Malaya juga dikenali sebagai Apam Balik di Malaysia. Kami kongsikan disini Resepi Kuih Malaya khas buat pembaca dari Brunei.

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar susu tepung
  • Sedikit pewarna kuning jika suka
  • Blenderkan sehingga sebati
  • Perap 1 jam.

Inti:

  1. Kacang tanah kisar
  2. Jagung tin
  3. Mentega
  4. Gula

Cara-caranya:

  1. Buat di atas kuali non stick jangan sapu minyak..buat macam pankek. 
  2. Tuang adunan tepung ke atas kuali acuan.
  3. Taburkan di atas apam dengan Gula, Kacang Tanah, Jagung dan sedikit Mentega.. 
  4. Inti juga boleh diubah mengikut cita rasa. (Boleh tambah coklat, kelapa parut etc)
  5. Lipat segera setelah masak

Selamat Mencuba !