Khamis, 2 Jun 2016

Resepi Popia Mini Udang Kering Rangup


Bahan-Bahan:


  • 300 gram udang kering
  • bawah merah (ikut suka) ditumbuk
  • serbuk cili kering (ikut suka)
  • air asam jawa (ikut suka)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam, gula (lebihkan) & serbuk perasa (secukup rasa)
  • Kulit popia


Cara Membuat:


  1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus.
  2. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.
  3. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul hingga udang agak kering.
  4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.
  5. Cara membungkus popia; Kulit popia dipotong segi 4 dan bungkus macam popia biasa. Atas potong segi empat panjang, isi udang ditengah dan gulung. Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali.
  6. Goreng menggunakan minyak yang banyak dengan api yang sederhana. Kalau bungkus cara popia biasa, masa menggoreng, gunakan api yang perlahan.


Tip: Tutup kulit popia yang belum dibungkus dengan kain untuk elakkan kulit popia jadi keras.

Selamat Mencuba !

Rabu, 1 Jun 2016

Resepi Kuih Keria


Bahan-bahanya:


  • 400gm ubi keledek
  • tepung secukupnya

gulanya


  • 1/2 cawan air
  • 5 sudu gula pasir

Cara-caranya:


  1. Rebus ubi hingga lembut
  2. Dah lembut lenyek hingga halus dan masukkan tepung hingga sebati (jgn banyak sangat tepung nanti keras)
  3. Leperkan n bulatkan d tengah2 dan goreng hingga keemasan dan ketepikan.
  4. Di kuali lain masak gula dan air hingga likat
  5. Bila dah tiga suku likat, kecikkn api dan masukkan kuih tadi dan gaul sebati. pastikan kuih tak hancur ye.
  6. Angkat dan hidangkan dan makan panas2 memang sedap

Resepi Kuih Cakar Ayam


Kuih Cakar Ayam merupakan kuih tradisional Malaysia. Ia merupakan menu yang sesuai ketika sesi minum petang dan juga sesuai dihidang ketika di Aidilfitri.

Bahan-Bahan:

  • 300 gm gula merah
  • 1 kilo @ 1/2 kilo keledek yang dikupas kulitnya
  • 1 sudu kecil kapur makan
  • Air
  • Minyak masak


Cara-caranya:

  1. Kukur keledek hingga halus dan berbentuk seperti tali. Masukkan keledek tadi ke dalam air kapur selama 1 jam.
  2. Setelah cukup 1 jam keluar dan toskan sehingga kering. Setelah kering gorengkannya di dalam minyak yang panas.
  3. Sementara itu campurkan gula merah dan air di dalam kuali yang berasingan. Biarkannya sehingga gula merah tersebut cair dan larut di dalam air tersebut.
  4. Kemudian masukkan keledek yang digoreng tadi ke dalam gula merah. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
  5. Kemudian, setelah sebati angkat dan masukkan ke dalam acuannya yang berbentuk bulat. Jangan lupa untuk menekannya sehingga padat.
  6. Akhir sekali sejukkannya. Anda harus menyimpannya di dalam bekas yang kedap udara kerana dikhuatiri kuih cakar ayam anda akan lemau jika dibiarkan terdedah.


Selamat Mencuba !

Selasa, 31 Mei 2016

Resepi Popia Salad Kuah Kacang


Bahan Salad:

  • 50 gram sengkuang, dipotong-potong
  • 100 gram jeruk sawi, diiris-iris
  • 120 gram timun, dipotong halus
  • 50 gram lobak merah, diiris-iris, direbus sekejap
  • 50 gram tauge, dibersihkan
  • 100 gram tahu putih, dipotong kotak 1 cm, dikukus
  • 12 lembar kulit popia untuk pembungkus
  • 2 putih telur untuk perekat
  • sedikit minyak goreng untuk menggoreng


Bahan Kuah Kacang:

  • 600 ml air
  • 100 gram gula merah, dikikis halus
  • 50 gram gula pasir
  • 5 biji cili kering keriting
  • 2 biji lada besar merah
  • 150 gram kacang tanah tanpa kulit, digoreng, dihaluskan hangat-hangat
  • 5 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam


Cara-caranya:

  1. Sos, rebus gula merah, gula pasir, cili kering keriting, lada besar merah, dan air dengan api kecil sahaja. Didihkan.
  2. Tambahkan kacang tanah. Kacau sehingga rata. Panaskan di atas api sederhana sehingga mendidih. Dinginkan.
  3. Ambil selembar kulit lumpia. Taburkan bahan salad di atas kulit lumpia.
  4. Lipat bagian sisi kanan dan kiri. Gulung diameter 5 cm. Lekatkan dengan putih telur
  5. Goreng di dalam minyak goreng yang sudah dipanaskan hingga keperangan.
  6. Sajikan bersama kuah kacang.


Selamat mencuba !

Resepi Kacang Rugget


Bahan-bahan:

  • 500g Kacang tanah
  • 5 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 sb serbuk cili - saya tambah ke 3 sb serbuk cili babas
  • 2 sb gula - saya tambah jadikan 1/2 cawan gula
  • 2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 5 sb tepung gandum
  • 1 sb tepung beras

Cara Membuatnya:

  1. Bersihkan kacang tanah.
  2. Satukan kesemua bahan. gaul sehingga rata dan pastikan tepung menyaluti kacang tanah.
  3. Dah siap tu boleh la di goreng dengan api sederhana. 
  4. Angkat dan Tos-kan.
  5. Masa menggoreng pastikan sentiasa di gaul supaya kacang terlerai dan tdk melekat sesama kacang

Selamat Mencuba!

Isnin, 30 Mei 2016

Resepi Pulut Inti Manis


Bahan-bahan:

  • 100 gm beras pulut
  • 50 gm santan
  • 100 gm air
  • 3 gm garam


Bahan inti kelapa manis:

  • 300 gm kelapa parut
  • 50 gm gula merah
  • 10 gm gula putih
  • 3 gm garam


Cara membuatnya:

  1. Kukus beras pulut dengan air dan santan sehingga masak.
  2. Setelah pulut masak, angkat.
  3. Untuk inti kelapa manis, masukkan gula pasir, gula merah dan air ke dalam kuali. Masak hingga gula hancur.
  4. Masukkan kelapa parut dan gaul hingga semua sebati. Kacau hingga agak kering. 
  5. Biarkan ia sejuk.
  6. Letakkan inti kelapa manis di atas pulut yang telah dibentuk bulat.

Selamat mencuba !

Ahad, 29 Mei 2016

Resepi Ayam Goreng Lemon


Bahan-bahan

  • 250 gram ayam dipotong dadu
  • Setengah biji lemon diperah
  • Setengah biji lemon dipotong bulat
  • Sedikit kulit lemon dihiris.
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji telor dipukul
  • 4 ulas bawang putih
  • Setengah inci halia dicincang
  • Sedikit daun ketumbar
  • Minyak bagi menumis dan menggoreng
  • Garam dan gula


Cara Memasak

  1. Perap ayam dengan kulit lemon dan sedikit garam selam 10minit
  2. Panaskan minyak dan celupkan ayam ke dalam telur dan goring hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
  3. Untuk sos, ambil sedikit mintak tadi, tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  4. Masukkan cili kering dan kemudian perahkan lemon ke dalamnya.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam yang bersalut telur tadi dan goreng hingga sebati.
  6. Taburkan daun ketumbar ketika hendak makan dan dihidangkan.


Selamat Mencuba !