Selasa, 11 Oktober 2016

Resepi Ayam Masak Halia Malaya


Bahan-Bahan:


  • dada ayam - dipotong kecil
  • 1/2 lobak merah - dipotong bulat
  • 1/2 sudu kecil pati ayam
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 lada benggala - dipotong kecil
  • 1 biji tomato sederhana besarnya - dipotong 6
  • 2 ulas bawang putih - diblender
  • 1 biji bawang besar - dicercai 4 dan dicerai kelopaknya
  • 1 inci halia - hiris nipis seperti mancis
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan air
  • 8 biji cili padi - diketuk atau dibelah 2
  • 3 ulas bawang merah - diblender
  • sedikit kicap
  • sos tomato, sos cili, dan sos tiram
  • sedikit garam dan gula

Cara-caranya:

  1. ayam yang sudah dipotong kecil-kecil dan digoreng tadi perap dengan sos tiram, sedikit garam, sedikit serbuk lada hitam selama 20 minit.
  2. kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi, selepas tu bila dah namapak garing ketepikan. dengan memakai minyak yang sama tapi bila banyak buangkan sikit.
  3. Tumis bahan yang tealh ditumbuk kasar tadi bersama halia sampai naik bau dan kekuningan.
  4. kemudian masukan bawang besar, cili padi, lobak merah, dan lada benggala. selepas itu kacau sebatikan.
  5. masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, sedikit kicap, dan air. kacau sebatikan.
  6. bila dah nampak mendidih masukan kepingan dada ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebatikan.
  7. masukkan juga tepung jagung yang telah berbancuh dengan air. sesuaikan kepekatan dengan selera anda
  8. akhir sekali masukan pati ayam, garam, gula, dan buah tomato. kemudian kacau rata dan sesuaikan cita rasanya dengan selera anda. bila dah masak tutp api dan hidangkan bersama nasi panas.

Selamat Mencuba !

Isnin, 10 Oktober 2016

Resepi Ayam Percik Kelantan


Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam - dipotong 4 bahagian

Bahan Perap

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa

Bahan Kuah

  • 10 ulas bawang merah
  • 3 - 6 tangkai cili kering
  • 2 pek santan pekat
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1/4 keping asam keping - letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara-caranya

  1. Kisar bahan perap tadi sehingga kemudian perap ayam pada bahan tersebut selama 30 minit. 
  2. Kemudian bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
  3. Sementara ayam dibakar siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi kemudian masak di dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. 
  4. Apabila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa. silahkan diangkat.
  5. Kemudian bila ayam sudah nampak garing lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. 
  6. Untuk pastikan bumbu kuah meresap ke dalam daging ayam, terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
  7. Akhir sekali, bila ayam sudah nampak berwarna cantik bolehlah diangkat dan ayam percik kelantan ala bonda siap dihidangkan.

Selamat Mencuba

Ahad, 9 Oktober 2016

Resepi Semperit Papan


Bahan-bahan:

  • 250gm butter
  • 150gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 250gm tepung gandum
  • 150gm tepung kastard
  • 30gm tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Manik gula - sebagai hiasan jika suka

Cara-caranya:

  1. Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan
  2. Pukul butter dan gula hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna.
  4. Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
  5. Panaskan oven pada suhu 170C. Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter.
  6. Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang. Buat dalam 2.5cm panjang. Hiaskan dengan manik gula jika suka.
  7. Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit atau sehingga masak nampak keperangan sedikit.
  8. Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Selamat Mencuba !

Khamis, 6 Oktober 2016

Resepi Ayam Bakar Cili Padi


Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ayam
  • Garam dan gula @ madu secukupnya
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit kicap

Bahan Kisar:

  • 1 btg serai
  • 4 ulas bwg putih
  • 5 ulas bawang kecil
  • 10 tangkai cili padi (leh adjust lau nak tambah pedas)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji kiub ayam (lau xmau guna leh ganti belacan)
  • Sedikit minyak (saya guna olive oil)
  • - semua bahan ni kisar atau tumbuk

Cara-caranya:

  1. Campur bahan kisar ngan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula/madu. 
  2. Sapu pada keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti ais
  3. Bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. *Bergantung pada oven memasing. 
  4. Tengok-tengokkan api, jgn kering sgt. 
  5. Biar isi ayam tu lembab2 sikit. *Boleh juga bakar guna kuali ajaib, dan pandai-pandai kawal api.

Selamat Mencuba !

Rabu, 5 Oktober 2016

Resepi Sandwich Tuna


Bahan-bahannya:

  • Tuna in Water (Ayam Brand) buangkan air dia.. ambik isi ikan tuna saje...
  • Cili dipotong atau guna serbuk cili
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • Mayonaise KEWPIE MILD TYPE@ SANDWICH( ada yg perasa untuk sandwich ( ready made brand sama) atau anda boleh campurkan kedua duanya perasa sekali)
  • 1 /2 biji limau nipis/lemon
  • secubit garam
  • Majerin/butter (jika suka)
  • serbuk lada hitam
Salad/sayur pilihan anda**

Cara-caranya:

  1. Gaul dan campur semua bahan sekali.....
  2. Kemudian sapu seperti penyediaan sandwich yang biasa.
  3. Paling sedap guna roti croissant, tapi boleh juga guna roti putih atau gardenia.(seperti dlm gambar)
  4. Air limau mesti kena bubuh dalam adunan ikan tuna.

Selamat Mencuba !

Selasa, 4 Oktober 2016

Resepi Tau Foo Fa


Bahan-bahannya:

  • 250 gram Kacang soya - rendam selama 4 jam atau lebih
  • 1 liter air
  • 1 sudu teh gypsum powder
  • 1 sudu besar tepung jagung dan 1/4 cawan air panas

Untuk air gulanya :

  • Rebusan air gula dan daun pandan. 
  • Terbaik kalau gula melaka.

Cara-caranya:

  1. Kisar kacang soya bersama air. Perah air soya guna penapis teh tarik atau penapis yg sesuai.
  2. Masak perahan soya sehingga mendidih dan biar lama sikit.
  3. Bancuh tepung jagung,air dan gypsum powder. Letakkan dalam bekas.
  4. Tuangkan rebusan air kacang soya tadi ke dalam bekas berisi gypsum powder. Biarkan disitu sampai sejuk. Ingat jangan sesekali cuba kacau pati soya tu dengan bancuhan gypsum powder. Biarkan dan jangan diusik-usik, takut2 nanti cair dan tak jadi.
  5. Bila dah sejuk boleh pindahkan dalam peti ais. 
  6. Juga boleh dimakan dengan air gula biasa.

Selamat mencuba!

Isnin, 3 Oktober 2016

Resepi Kek Pisang


Bahan-bahannya:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan minyak jagung
  • 2 cawan gula perang
  • 10 biji pisang berangan/bunga/restali
  • 6 biji telur ayam
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh baking powder.
  • 1 sudu teh garam halus

Cara-caranya:

  1. Panaskan ketuhar dalam suhu 180' selama 10 minit
  2. Satukan bahan kering seperti tepung gandum,soda dan baking powder. Ayak adunan tersebut sebanyak 2 kali bagi memastikan kandungan tepung agak ringan
  3. Masukkan telur dan gula ke dalam blender dan kisar hingga kelihatan putih dan gebu
  4. Pisang dilecek dan masukkan adunan telur tadi ke dalam adunan pisang.
  5. masukkan tepung dan minyak
  6. kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu
  7. Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah dilenser dengan marjerin
  8. Bakar selama 1 jam
  9. Sedia untuk dihidangkan 

Selamat Mencuba !