Jumaat, 29 Julai 2016

Resepi Ayam Parmesan


Resepi Ayam bersama Keju Parmesan

Bahan-bahan:

  • 3-4 ketul ayam ( bahagian dada)
  • 3 sudu keju Parmesan ( Lebih pun tak pe bagi yang suka)
  • 1/2 sudu serbuk bawang putih ( boleh gantikan dengan bawang putih cincang)
  • Sedikit oregano
  • Sedikit basil
  • Sedikit cayanne ( jika inginkan pedas)
  • Sedikit lada sulah
  • Secubit garam

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven 180 c
  2. Potong ayam bagi nipis dan memanjang.
  3. Lumurkan semua bahan-bahan diatas ayam tersebut dan perap seketika.
  4. Setelah itu bakar di dalam oven selama 25-30 minit sehingga masak.

Selamat Mencuba !

Resepi Kepak Ayam Caribbean


Anda ingin mencuba masakan ala Caribbean? Cuba lah resepi ini untuk merasai resepi Caribbean.

Bahan-bahan:

  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 2 sudu sos soya
  • 2 sudu jus limau nipis
  • 2 sudu gula perang
  • 6 kelopak bawang putih
  • 3 ulas bawang holland
  • 2 ke 3 ulas Lada Scotch Bonnets, buang biji
  • 1 1/2-inci halia - racik kasar
  • 1 helai daun thyme
  • 1 sudu serbuk perasa
  • 1/2 kayu manis
  • 1 kilo kepak ayam

Cara-caranya:

  1. Blend kan semua bahan-bahan sos soya, perahan limau nipis, gula perang, bawang putih, bawang, scotch bonnets, halia, thyme, rempah ratus and kayu manis. Blend sehinggat lumat dan masukan ke dalam bekas yg agak besar. 
  2. Masukkan kepak ayam Add chicken wings, kemudian lumurkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Perap di dalam peti sejuk, sekurang-kurangnya 2 jam, tetapi sebaik-baiknya semalaman.
  3. Panaskan oven sehingga 500�F. Alas tempat bakar dgn dengan aluminium foil. Siapkan rak dawai di tempat pembakaran. Semburkan rak dengan minyak. Letakkan kepak ayam di atas rak. Sapukan lebihan bahan perapan tersebut.
  4. Bakar kepak ayam di tengah-tengah oven, balikkan sekali dan sapukan lebihan bahan perapan dgn berus, sehingga garing dan masak sepenuhnyalebih kurang dalam 30 minit.
  5. Alihkan pan dari oven dan biarkan ia sejuk sedikan lebih kurang dalam 5 minit. Hidangkan bersama limau nipis.


Selamat Mencuba !

Rabu, 27 Julai 2016

Nasi Goreng Udang Dan Nanas


Bahan-bahan
  • 250 gm Udang sederhana besar dikupas kulit
  • 6 ulas Bawang putih, dihiris halus
  • 200 gm Nanas didadu
  • 15 biji Bawang besar, dihiris nipis dan digoreng
  • 3 biji Cili merah dihiris
  • 1 sudu besar Gula
  • 2 sudu besar Tepung jagung
  • 4 sudu besar Minyak sapi windmill gheeblend
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • daun bawang, daun ketumbar dan daun pudina, dicincang untuk hiasan

Cara membuatnya
  1. Perap udang bersama garam, serbuk lada sulah, gula dan tepung jagung.
  2. Gaul rata dan ketepikan, panaskan minyak sapi windmill gheeblend di dalam kuali, dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang dan nanas serta kacau hingga masak.
  4. Angkat masukkan udang dan nanas tadi di dalam nasi panas.
  5. Tabur bawang goreng, lada merah, daun bawang, ketumbar dan daun pudina.
  6. Hidangkan semasa panas. Lebih cantik jika dihidang dalam kelongsong buah nanas


Selamat Mencuba !

Isnin, 25 Julai 2016

Resepi Sup Sayur Petola


Bahan-bahan:

  • 1 batang sayur petola
  • 1 peket suhun/fucuk
  • 1 peket cendawan tiram
  • 5-6 kacang buncis
  • 1 peket fish ball
  • segenggam udang kertas kecil
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan - kalau tak ada pun ok
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk lumat:

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih


Cara-caranya:

  1. Bersihkan sayur petola kemudian di buang kulit luar yang keras dan ambil dipotong kecil . Rendam suhun serta fucuk sampai kembang dan ditos ketepikan dulu . Bersihkan semua sayur kacang buncis dan dipotong kemudian siat cendawan dan bersihkan udang .
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan udang kertas serta sos tiram dan dikacau rata , boleh la dimasukkan air untuk kuah .
  3. Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan sayur petola dahulu , fishball dan biar sampai sayur separuh masak baru la dimasukkan cendawan dan dikacau .
  4. Masukkan kacang buncis , garam secukup rasa dan bila sayur dah masak boleh dimasukkan suhun serta fucuk , kacau semua bahan-bahan .
  5. Boleh terus ditutup api dapur fucuk serta suhun akan masak dalam kuah sup yang masih panas . Jangan masak sup ni terlalu lama nanti sayur menjadi layu dan lembik .

Selamat Mencuba !

Resepi Penkek Nanas


Bahan-bahan:

  • 1 tin hirisan nanas dalam jus asli, ditoskan airnya
  • 225g (1 �) cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu serbuk penaik
  • 35g (1/3) cawan kelapa parut
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 250ml (1 cawan) susu
  • 40g mentega, dicairkan dan disejukkan sedikit
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji telur
  • 20g lebihan mentega (disejukkan)
  • Ais krim vanilla dan sirap maple (hidangan)

Cara membuatnya:

  1. Keringkan hirisan nanas menggunakan kertas tisu. 
  2. Ayak tepung serta serbuk penaik di dalam mangkuk besar. 
  3. Kemudian, masukkan kelapa parut dan gula. Buat ruang di tengah-tengah campuran tepung tadi.
  4. Gunakan garpu untuk memukul susu, mentega, esen vanilla dan telur di dalam jag. 
  5. Kemudian, tuangkan campuran di dalam jag tadi ke dalam campuran tepung. 
  6. Gunakan garpu sekali lagi bagi memastikan adunan dipukul hingga sebati.
  7. Panaskan kuali pada suhu sederhana. 
  8. Kemudian, leserkan kertas tisu yang mengandungi lebihan mentega ke permukaan kuali. Selepas itu, masukkan dalam anggaran satu senduk adunan penkek ke dalam kuali dan letakkan hirisan nanas di atasnya. 
  9. Untuk setiap bahagian, masak selama 2 minit hingga bertukar kuning keemasan. 
  10. Alihkan penkek yang telah masak ke pinggan dan tutup dengan kerajang aluminium bagi mengekalkan kepanasan.
  11. Ulang proses sehingga adunan habis. Kemudian, letak aiskrim vanilla dan tuangkan sirap maple di atasnya.
  12. Sedia untuk dimakan.

Selamat Mencuba !

Ahad, 24 Julai 2016

Resepi Tat Nanas Taiwan


Bahan-bahan:

Pes Nanas
  • 2 potong Mentega (1 potong = 113 gram)
  • � sudu besar Lelemak
  • 2 sudu besar Gula Aising
  • 1 biji Telur
  • 1 sudu besar Esen Nanas (pilihan)
  • 3 cawan Tepung Serba Guna
  • 2 sudu besar Susu Tepung
  • 2 sudu besar Tepung Jagung

Cara membuatnya:

  1. Kacau mentega krim, lelemak dan gula aising sehingga kembang selama kira-kira 8 minit.
  2. Tambahkan telur dan esen nanas.
  3. Masukkan tepung serba guna, tepung jagung dan susu tepung. 
  4. Sejukkan selama 20 minit di dalam peti sejuk.
  5. Bahagikan doh kepada 30 bahagian dan masukkan inti nanas.
  6. Tekankan ia ke dalam acuan empat segi dan bakar pada suhu 170 Celsius selama 15 - 20 minit 
  7. kemudian terbalikkannya dan bakar selama 15 minit lagi atau sehingga keperengan.

Selamat Mencuba !

Khamis, 21 Julai 2016

Resepi Nasi Bukhari Ayam



Bahan-bahan (Sajian utk 4 - 5 orang)


Bahan A (tumis)

  • 1 ulas bawang putih -dihiris
  • 2 ulas bawang merah -dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • 3-5 biji buah pelaga
  • 3-5 biji bunga cengkih
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 sudu rempah bukhari -dibancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu minyak sapi untuk menumis

Bahan B (bahan-bahan lain)

  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil dibuat stok dengan 3 cawan air
  • 2 cawan beras basmathi/biasa -dibersihkan dan ditoskan
  • 1 batang daun ketumbar -dihiris halus
  • secubit garam
  • sedikit gula


Cara-caranya:

  1. tumis semua bahan tumis hingga naik bau
  2. masukkan rempah bukhari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak
  3. masukkan ayam bersama stoknya sekali
  4. masukkan lain-lain bahan iaitu susu cair, tomato yang dipotong dadu dan daun ketumbar
  5. masukkan beras
  6. perisakan dengan garam dan gula
  7. tutup periuk dan masak nasi seperti biasa

Selamat Mencuba !

Resepi Bubur Ketan Hitam


Bahan Utama:

Bahan Bubur Ketan Hitam :

  • Sebanyak 100 gram beras ketan hitam, rendam 2 jam
  • Sebanyak 2.000 ml air
  • Sebanyak 1/2 sendok teh garam
  • Sebanyak 2 lembar daun pandan

Bahan Bubur Ketan Hitam Jagung Manis:

  • Sebanyak 200 gram jagung manis pipil
  • Sebanyak 600 ml air
  • Sebanyak 300 gram gula merah, sisir halus
  • Sebanyak 1 sendok teh garam
  • Sebanyak 8 sendok teh tepung kanji + 8 sendok teh air, larutkan untuk pengental

Kuah Santan Bubur Ketan Hitam :

  • Sebanyak 150 ml santan kental dari 1 butir kelapa
  • Sebanyak 1 lembar daun pandan
  • Sebanyak 1/8 sendok teh garam

Cara Membuat Bubur Ketan Hitam:

  1. Rebuskanlah ketan hitam, air, garam, dan juga daun pandan hingga ketan hitam matang dan juga kental. Sisihkanlah.
  2. Jagung manis, didihkan air, gula merah, dan juga garam. Saring. Didihkanlah lagi. Masukkanlah jagung manis. 
  3. Masak hingga matang dan juga lunak.
  4. Kentalkanlah dengan larutan tepung kanji. 
  5. Masak hingga sampai meletup-letup. Angkat.
  6. Kuah santan, rebus santan, daun pandan, dan juga garam seraya diaduk-aduk hingga mendidih.
  7. Sajikanlah bubur ketan hitam dengan jagung manis. 
  8. Siram dengan kuah santan.

Selamat Mencuba !

Selasa, 19 Julai 2016

Resepi Salmon Grill Senawang


Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan Salmon
  • 1 sudu minyak zaitun/olive oil
  • Garam secukup rasa
  • Lada Hitam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Serbuk Oregano secukup rasa 
  • 3 ulas Bawang putih
  • Sayur-sayuran (Contoh : Carrot, Brokoli, Kubis, dll)

Cara-caranya:

  1. Perapkan ikan Salmon dengan garam, lada hitam, lada sulah, serbuk oregano secukup rasa dalam 5 minit.
  2. Panaskan minyak zaitun di atas pemanggang. (resepi ini guna "pemanggang ajaib")
  3. Letakkan ikan Salmon yang telah diperap tadi di atas pemanggang, 
  4. Tunggu sehingga garing dan balik-balikkan ikan supaya ia masak kedua-kedua belah. (berhati-hati supaya ikan tak patah, balikkan hanya bila nampak dah garing)
  5. Bila dah masak, ketepikan.

*kalau nak lagi sedap, amik sebiji lemon perahkan atas ikan yang dah siap masak tadi. Pergh!

Untuk sayur-sayuran pula,


  1. Tumbuk bawang putih, jangan terlalu hancur dan tumiskan dengan sedikit minyak zaitun.
  2. Masukkan segala jenis sayur yang telah disediakan.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Tambah lada hitam sedikit kalau suka.


Selamat Mencuba

Ahad, 17 Julai 2016

Resepi Pulut Panggang


Bahan-bahan:


  • 500 gram beras pulut (dicuci & ditoskan)
  • 1 � cawan pati santan
  • 1 helai daun kunyit
  • 2,3 sudu makan minyak jagung
  • 90 gram udang kering (direndam,dibersihkan dan ditumbuk)
  • 2 tangkai lada merah
  • 10 ulas bawang merah
  • � sudu lada sulah
  • 4 biji buah keras
  • 1 ulas bawang putih
  • � biji kelapa parut (tumbuk separa halus)
  • Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu makan garam
  • 2.5 cm kunyit hidup
  • 1 sudu makan ketumbar (goring tanpa minyak)
  • � sudu makan gula pasir
  • Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
  • Lidi untuk sematan

Cara-caranya:


  1. Masuk dan gaul pulut,santan,daun kunyit,daun pandan dan � sudu garam di dalam loyang. 
  2. Kukus hingga pulut masak. Pastikan pulut tidak terlalu kembang. 
  3. Keluarkan daun-daun dan ketepikan pulut.
  4. Panaskan minyak atas api yang sederhana dan gorengkan bahan tumbuk selama 3 minit.
  5. Masukkan kelapa dan kacau sehingga kering jangan sampai hangus. 
  6. Masukkan garam, kacau dan angkat. Sejukkan.
  7. Bubuh sedikit pulut di atas daun pisang. 
  8. Bentukkan supaya menjadi gulungan gulungan leper sepanjang 13 cm.
  9. Masukkan inti dengan sama rata,dan gulung ketat-ketat untuk membungkusnya.
  10. Sematkan bungkusan itu dengan lidi.
  11. Panggang pulut dia atas api arang yang perlahan selama � jam, dengan membalik-baliknya selalu.
  12. Sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba !

Khamis, 14 Julai 2016

Resepi Daging Bakar Air Asam


Bahan-Bahan Daging:

  • 1 kg daging lembu
  • 50 gm bawang besar - dikisar halus
  • 20 gm bawang putih - dikisar halus
  • 10 gm serbuk kari
  • 10 gm halia - dikisar halus
  • Garam - secukup rasa
  • Serbuk perasa - secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Kisar hingga halus bawang putih, bawang merah, serbuk kari dan halia.
  2. Gaulkan sebati dengan daging dan masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
  3. Perapkan daging selama 2 jam
  4. Setelah itu, daging hendaklah dibakar selama 30 minit dengan suhu 180C atau sehingga masak
  5. Setelah masak, boleh dipotong nipis mengikut citarasa masing-masing


Bahan Air Asam Jawa:

  • Air asam jawa
  • 1 biji bawang besar - dipotong kecil
  • 2 biji lada merah - dipotong kecil
  • 2 biji lada hijau - dipotong kecil
  • 1 biji tomato - dipotong kecil
  • 10 biji cili padi - dipotong kecil
  • 10 gm belacan - dibakar / digoreng
  • Garam - secukup rasa
  • Gula - secukup rasa
  • Limau nipis

Cara Membuatnya:

  1. Kesemua bahan yang dipotong kecil dicampurkan ke dalam air asam jawa.
  2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa.
  3. Semua bahan digaul rata.
  4. Setelah itu, bolehlah dihidangkan sebagai pencicah kepada daging bakar tadi.


Selamat mencuba !

Rabu, 13 Julai 2016

Resepi Wajik / Nasi Manis


Bahan-bahan :

  • 1 kilo beras pulut
  • 1 kilo santan
  • 1 kilo gula merah @ nisei
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan :

  1. Bersihkan beras pulut, kemudian rendam selama lebih kurang 2 jam.
  2. Selepas itu, tanak atau kukus beras pulut.
  3. Masak santan dan gula merah di dalam kuali besar sehingga gula merah larut. Kemudian tapis dengan menggunakan tapisan besar untuk mengasingkan hampas gula merah.
  4. Masukkan semula santan yang telah ditapis tadi ke dalam kuali, masukkan garam dan masak serta kacau santan sehingga pekat.
  5. Apabila santan agak pekat, masukkan beras pulut yang sudah ditanak / dikukus ke dalam santan bersama daun pandan. Kacau lagi hingga benar-benar pekat dan likat.
  6. Tuangkan ke dalam bekas.
  7. Hidangkan setelah sejuk.* Makan panas-panas pun sedap.

Selamat Mencuba !

Isnin, 11 Julai 2016

Resepi Grill Salmon dengan Sos Putih ala IKEA


Bahan yang diperlukan:

  • 1 sudu butter
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam
  • Lada hitam
  • Limau nipis atau lemon

Cara-caranya:

  1. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan garam sehingga separuh hancur. 
  2. Lumurkan bahan-bahan tadi pada ikan. 
  3. Juga masukkan sedikit paprika bagi mereka yang suka pedas. 
  4. Kemudian perahkan sedikit lemon dan lumurkan butter hingga sebati. 
  5. Perapkan selama 15 minit. Panaskan kuali. 
  6. Panaskan kuali dan panggang 10-15 minit, 
  7. Jangan masak terlalu lama untuk elakkan isi ikan menjadi keras.

Bahan-bahan untuk membuat sos:

  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herba lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-caranya:

  1. Panaskan majerin dalam periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. 
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung gandum melekat pada bawang.
  3.  Masukkan bahan-bahan lain, masak sampai didih, kena sentiasa kacau. 
  4. Matikan api dan ketepikan.

Bahan-bahan untuk sayur :

  • 4 biji kentang yang telah dikopek kulit
  • 2 tangkat kacang panjang
  • Lada Sulah
  • Garam

Cara-caranya:

  1. Rebus sahaja kentang  
  2. celur kacang panjang

Selamat Mencuba!

Ahad, 3 Julai 2016

Resepi Mee Bandung Muar


Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning
  • 8 - 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar udang kering
  • 200 gram udang
  • 200 gram daging
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 cawan stok daging
  • 4 - 5 tangkai sawi
  • Sedikit kubis
  • 1 camca besar sos tiram
  • 2 bij telur


Cara-caranya:

  1. Rebus udang kering bersama 1/2 cawan air.
  2. Blend cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan batang sawi, sos tiram, udang dan daging, kacau seketika, kemudian masukkan 3 cawan air rebusan daging.
  5. Masukkan daun sawi dan kubis berserta bancuhan tepung jagung.
  6. Masak sehingga mendidih, dan tuangkan ke atas mee.

Selamat Mencuba !