Isnin, 11 Julai 2016

Resepi Grill Salmon dengan Sos Putih ala IKEA


Bahan yang diperlukan:

  • 1 sudu butter
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam
  • Lada hitam
  • Limau nipis atau lemon

Cara-caranya:

  1. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan garam sehingga separuh hancur. 
  2. Lumurkan bahan-bahan tadi pada ikan. 
  3. Juga masukkan sedikit paprika bagi mereka yang suka pedas. 
  4. Kemudian perahkan sedikit lemon dan lumurkan butter hingga sebati. 
  5. Perapkan selama 15 minit. Panaskan kuali. 
  6. Panaskan kuali dan panggang 10-15 minit, 
  7. Jangan masak terlalu lama untuk elakkan isi ikan menjadi keras.

Bahan-bahan untuk membuat sos:

  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herba lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-caranya:

  1. Panaskan majerin dalam periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. 
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung gandum melekat pada bawang.
  3.  Masukkan bahan-bahan lain, masak sampai didih, kena sentiasa kacau. 
  4. Matikan api dan ketepikan.

Bahan-bahan untuk sayur :

  • 4 biji kentang yang telah dikopek kulit
  • 2 tangkat kacang panjang
  • Lada Sulah
  • Garam

Cara-caranya:

  1. Rebus sahaja kentang  
  2. celur kacang panjang

Selamat Mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan