Bahan-bahan:
- 1 tin hirisan nanas dalam jus asli, ditoskan airnya
- 225g (1 �) cawan tepung naik sendiri
- 1 sudu serbuk penaik
- 35g (1/3) cawan kelapa parut
- 2 sudu besar gula kastor
- 250ml (1 cawan) susu
- 40g mentega, dicairkan dan disejukkan sedikit
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 biji telur
- 20g lebihan mentega (disejukkan)
- Ais krim vanilla dan sirap maple (hidangan)
Cara membuatnya:
- Keringkan hirisan nanas menggunakan kertas tisu.
- Ayak tepung serta serbuk penaik di dalam mangkuk besar.
- Kemudian, masukkan kelapa parut dan gula. Buat ruang di tengah-tengah campuran tepung tadi.
- Gunakan garpu untuk memukul susu, mentega, esen vanilla dan telur di dalam jag.
- Kemudian, tuangkan campuran di dalam jag tadi ke dalam campuran tepung.
- Gunakan garpu sekali lagi bagi memastikan adunan dipukul hingga sebati.
- Panaskan kuali pada suhu sederhana.
- Kemudian, leserkan kertas tisu yang mengandungi lebihan mentega ke permukaan kuali. Selepas itu, masukkan dalam anggaran satu senduk adunan penkek ke dalam kuali dan letakkan hirisan nanas di atasnya.
- Untuk setiap bahagian, masak selama 2 minit hingga bertukar kuning keemasan.
- Alihkan penkek yang telah masak ke pinggan dan tutup dengan kerajang aluminium bagi mengekalkan kepanasan.
- Ulang proses sehingga adunan habis. Kemudian, letak aiskrim vanilla dan tuangkan sirap maple di atasnya.
- Sedia untuk dimakan.
Selamat Mencuba !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan