Selasa, 19 Julai 2016

Resepi Salmon Grill Senawang


Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan Salmon
  • 1 sudu minyak zaitun/olive oil
  • Garam secukup rasa
  • Lada Hitam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Serbuk Oregano secukup rasa 
  • 3 ulas Bawang putih
  • Sayur-sayuran (Contoh : Carrot, Brokoli, Kubis, dll)

Cara-caranya:

  1. Perapkan ikan Salmon dengan garam, lada hitam, lada sulah, serbuk oregano secukup rasa dalam 5 minit.
  2. Panaskan minyak zaitun di atas pemanggang. (resepi ini guna "pemanggang ajaib")
  3. Letakkan ikan Salmon yang telah diperap tadi di atas pemanggang, 
  4. Tunggu sehingga garing dan balik-balikkan ikan supaya ia masak kedua-kedua belah. (berhati-hati supaya ikan tak patah, balikkan hanya bila nampak dah garing)
  5. Bila dah masak, ketepikan.

*kalau nak lagi sedap, amik sebiji lemon perahkan atas ikan yang dah siap masak tadi. Pergh!

Untuk sayur-sayuran pula,


  1. Tumbuk bawang putih, jangan terlalu hancur dan tumiskan dengan sedikit minyak zaitun.
  2. Masukkan segala jenis sayur yang telah disediakan.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Tambah lada hitam sedikit kalau suka.


Selamat Mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan