Rabu, 27 Julai 2016

Nasi Goreng Udang Dan Nanas


Bahan-bahan
  • 250 gm Udang sederhana besar dikupas kulit
  • 6 ulas Bawang putih, dihiris halus
  • 200 gm Nanas didadu
  • 15 biji Bawang besar, dihiris nipis dan digoreng
  • 3 biji Cili merah dihiris
  • 1 sudu besar Gula
  • 2 sudu besar Tepung jagung
  • 4 sudu besar Minyak sapi windmill gheeblend
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • daun bawang, daun ketumbar dan daun pudina, dicincang untuk hiasan

Cara membuatnya
  1. Perap udang bersama garam, serbuk lada sulah, gula dan tepung jagung.
  2. Gaul rata dan ketepikan, panaskan minyak sapi windmill gheeblend di dalam kuali, dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang dan nanas serta kacau hingga masak.
  4. Angkat masukkan udang dan nanas tadi di dalam nasi panas.
  5. Tabur bawang goreng, lada merah, daun bawang, ketumbar dan daun pudina.
  6. Hidangkan semasa panas. Lebih cantik jika dihidang dalam kelongsong buah nanas


Selamat Mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan