Isnin, 25 Julai 2016

Resepi Sup Sayur Petola


Bahan-bahan:

  • 1 batang sayur petola
  • 1 peket suhun/fucuk
  • 1 peket cendawan tiram
  • 5-6 kacang buncis
  • 1 peket fish ball
  • segenggam udang kertas kecil
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan - kalau tak ada pun ok
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk lumat:

  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih


Cara-caranya:

  1. Bersihkan sayur petola kemudian di buang kulit luar yang keras dan ambil dipotong kecil . Rendam suhun serta fucuk sampai kembang dan ditos ketepikan dulu . Bersihkan semua sayur kacang buncis dan dipotong kemudian siat cendawan dan bersihkan udang .
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan udang kertas serta sos tiram dan dikacau rata , boleh la dimasukkan air untuk kuah .
  3. Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan sayur petola dahulu , fishball dan biar sampai sayur separuh masak baru la dimasukkan cendawan dan dikacau .
  4. Masukkan kacang buncis , garam secukup rasa dan bila sayur dah masak boleh dimasukkan suhun serta fucuk , kacau semua bahan-bahan .
  5. Boleh terus ditutup api dapur fucuk serta suhun akan masak dalam kuah sup yang masih panas . Jangan masak sup ni terlalu lama nanti sayur menjadi layu dan lembik .

Selamat Mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan