Khamis, 21 Julai 2016

Resepi Nasi Bukhari Ayam



Bahan-bahan (Sajian utk 4 - 5 orang)


Bahan A (tumis)

  • 1 ulas bawang putih -dihiris
  • 2 ulas bawang merah -dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • 3-5 biji buah pelaga
  • 3-5 biji bunga cengkih
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 sudu rempah bukhari -dibancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu minyak sapi untuk menumis

Bahan B (bahan-bahan lain)

  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil dibuat stok dengan 3 cawan air
  • 2 cawan beras basmathi/biasa -dibersihkan dan ditoskan
  • 1 batang daun ketumbar -dihiris halus
  • secubit garam
  • sedikit gula


Cara-caranya:

  1. tumis semua bahan tumis hingga naik bau
  2. masukkan rempah bukhari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi hingga pecah minyak
  3. masukkan ayam bersama stoknya sekali
  4. masukkan lain-lain bahan iaitu susu cair, tomato yang dipotong dadu dan daun ketumbar
  5. masukkan beras
  6. perisakan dengan garam dan gula
  7. tutup periuk dan masak nasi seperti biasa

Selamat Mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan