Khamis, 14 Julai 2016

Resepi Daging Bakar Air Asam


Bahan-Bahan Daging:

  • 1 kg daging lembu
  • 50 gm bawang besar - dikisar halus
  • 20 gm bawang putih - dikisar halus
  • 10 gm serbuk kari
  • 10 gm halia - dikisar halus
  • Garam - secukup rasa
  • Serbuk perasa - secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Kisar hingga halus bawang putih, bawang merah, serbuk kari dan halia.
  2. Gaulkan sebati dengan daging dan masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa
  3. Perapkan daging selama 2 jam
  4. Setelah itu, daging hendaklah dibakar selama 30 minit dengan suhu 180C atau sehingga masak
  5. Setelah masak, boleh dipotong nipis mengikut citarasa masing-masing


Bahan Air Asam Jawa:

  • Air asam jawa
  • 1 biji bawang besar - dipotong kecil
  • 2 biji lada merah - dipotong kecil
  • 2 biji lada hijau - dipotong kecil
  • 1 biji tomato - dipotong kecil
  • 10 biji cili padi - dipotong kecil
  • 10 gm belacan - dibakar / digoreng
  • Garam - secukup rasa
  • Gula - secukup rasa
  • Limau nipis

Cara Membuatnya:

  1. Kesemua bahan yang dipotong kecil dicampurkan ke dalam air asam jawa.
  2. Masukkan garam, gula, belacan dan air perahan limau nipis secukup rasa.
  3. Semua bahan digaul rata.
  4. Setelah itu, bolehlah dihidangkan sebagai pencicah kepada daging bakar tadi.


Selamat mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan