Jumaat, 29 Julai 2016

Resepi Ayam Parmesan


Resepi Ayam bersama Keju Parmesan

Bahan-bahan:

  • 3-4 ketul ayam ( bahagian dada)
  • 3 sudu keju Parmesan ( Lebih pun tak pe bagi yang suka)
  • 1/2 sudu serbuk bawang putih ( boleh gantikan dengan bawang putih cincang)
  • Sedikit oregano
  • Sedikit basil
  • Sedikit cayanne ( jika inginkan pedas)
  • Sedikit lada sulah
  • Secubit garam

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven 180 c
  2. Potong ayam bagi nipis dan memanjang.
  3. Lumurkan semua bahan-bahan diatas ayam tersebut dan perap seketika.
  4. Setelah itu bakar di dalam oven selama 25-30 minit sehingga masak.

Selamat Mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan