Isnin, 30 Mei 2016

Resepi Pulut Inti Manis


Bahan-bahan:

  • 100 gm beras pulut
  • 50 gm santan
  • 100 gm air
  • 3 gm garam


Bahan inti kelapa manis:

  • 300 gm kelapa parut
  • 50 gm gula merah
  • 10 gm gula putih
  • 3 gm garam


Cara membuatnya:

  1. Kukus beras pulut dengan air dan santan sehingga masak.
  2. Setelah pulut masak, angkat.
  3. Untuk inti kelapa manis, masukkan gula pasir, gula merah dan air ke dalam kuali. Masak hingga gula hancur.
  4. Masukkan kelapa parut dan gaul hingga semua sebati. Kacau hingga agak kering. 
  5. Biarkan ia sejuk.
  6. Letakkan inti kelapa manis di atas pulut yang telah dibentuk bulat.

Selamat mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan